Sekitar 2 minggu yang lalu, seorang individu yang dikenali dengan nama Dzung Le telah melakukan satu survey berkaitan dengan masalah penyokong bola sepak di Veitnam yang tidak mahu membeli jersi kelab dalam saingan V.League.

Dzung Le yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kelab Pho Hien FC dalam saingan V.League 2, telah cuba untuk menyelami masalah ini untuk mengetahui punca sebenar penyokong yang tidak mahu membeli jersi pasukan.

Dalam survey itu, Dzung Le telah meletakkan 5 pilih punca masalah untuk diundi oleh para penyokong iaitu;

  • Jersi mahal.
  • Tidak cukup minat dengan kelab untuk membeli.
  • Jersi tiruan lebih murah/bagus.
  • Kualiti jersi yang tidak kena dengan harga.
  • Tidak peduli bola sepak di peringkat kelab.

Hasil dari survey tersebut, maklum balas yang diterima adalah seperti dibawah dimana ia adalah 3 punca paling besar berdasarkan survey kali ini.

  1. 39.2% menyatakan bahawa jersi kelab V.League adalah mahal
  2. 19% menyatakan mereka tidak cukup meminati mana-mana kelab untuk membeli jersi.
  3. 18.3% menyatakan bahawa jersi kelab yang dijual tidak dihasilkan sama seperti yang digunakan oleh pemain dalam perlawanan dan tidak boleh mencuba jersi kerana tidak banyak kedai yang menjual jersi.

Daripada komen-komen yang di laman sosial pula, dapat diperhatikan bahawa isu distribution channel mungkin salah satu punca yang dirasakan perlu diberikan perhatian untuk mencapai audience yang lebih luas.

Tidak dinafikan dinegara seperti Vietnam, Kemboja dan Laos, kualiti jersi yang dihasilkan adalah tidak berkualiti berbanding harga yang dijual berdasarkan apa yang kami lihat sendiri ketika berada disana.

Di Malaysia, apa pula puncanya?

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Malaysia Berisiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League Jika Gagal ‘Perform’ Diperingkat Asia 2021

ZamSaham: “Jika Penyokong Tak Berkira, Saya Tidak Berkira Untuk Dapatkan Pemain Berkualiti Dan Fasiliti”

Pakai Jersi Pasukan Luar Negara Ketika Bertugas, Pengurus Nasarawa United Diberikan Amaran Keras Oleh NPFL