Seperti semua sedia maklum, pihak AFC akan mengadakan majlis undian kejohanan AFC Champions League musim 2021 hari ini secara virtual.

Pastinya penyokong pasukan JDT akan merasakan debaran keterujaan untuk mengetahui pasukan manakah yang akan mereka hadapi dalam saingan musim 2021 ini untuk terus memberikan saingan dalam kejohanan kelab bola sepak elit Asia.

Secara asasnya, seperti gambar dibawah adalah senarai pasukan yang layak bertanding bagi musim 2021 dari Asia Timur, dari keseluruhan 40 buah kelab yang terlibat selepas format baru diperkenalkan.

entry east

4 Pasukan akan layak ke peringkat kumpulan melalui pusingan kelayakan playoff pula adalah seperti berikut.

PO East

Mekanisme Undian Peringkat Kumpulan.

Pihak AFC juga telah menerangkan mengenai mekanisme undian bagi peringkat kumpulan dimana secara asasnya kumpulan A,B,C,D dan E adalah dari Asia Barat manakalan kumpulan F,G,H,I & J pula dari Asia Timur.

draw principle

Gambar dibawah ini menunjukkan bagaimana posisi setiap MA dalam balang undian mengikut pertimbangan yang telah ditetapkan oleh pihak AFC.

pot

Aturan undian pula adalah pasukan yang berada dalam balang 4 akan diundi untuk mengisi posisi F4,G4,H4,I4 dan J4. Seterusnya pasukan dalam balang 3 akan mengisi posisi nombor 3 setiap kumpulan dan diikuti oleh balang 2 dan 1.

Pihak AFC juga mungkin akan mengubah kedudukan pasukan mengikut peraturan country protection bagi mengelakkan pasukan dari MA yang sama berada dalam satu kumpulan.

East Region

Sekiranya pasukan layak ke pusingan 16 terbaik, gambar dibawah menunjukkan bagaimana lawan pada peringkat ini ditentukan berdasarkan kedudukan akhir dalam peringkat kumpulan.

R16 east

Untuk penerangan secara video, sila layari pautan ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

AFC Cup Dijangka Akan Berlangsung Secara ‘Sports Bubble’ Mengikut Kumpulan, Bidaan Dibuka Rabu Ini

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat