EA Sports telah mengeluarkan senarai pemain pasukan terbaik mereka untuk EPL 2019/20.

Seramai 20 pemain di dalam senarai mereka. Berikut adalah pemain-pemain yang dipilih:

Penjaga gol

  • Alisson (Liverpool)
  • Dean Henderson (Sheffield United)

NINTCHDBPICT000569087898-e1583603031573

Alisson terus menjadi nadi penting Liverpool sejak menyertai The Reds.

Namun menarik juga adanya nama Dean Henderson, pemain Man United yang dipinjamkan ke Sheffield dan kini sedang membantu kelab tersebut bersaing untuk ke Eropah.

Beliau juga mulai menjadi bualan peminat England untuk dijadikan no.1 berbanding dengan error prone, Jordan Pickford.

Pertahanan

  • Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
  • Aaron Wan-Bissaka (Manchester United)
  • Çaglar Söyüncü (Leicester)
  • Virgil van Dijk (Liverpool)
  • Andy Robertson (Liverpool)

arnold van dijk robertson

3 daripada 5 senarai pemain pertahanan adalah milik Liverpool. Dengan ditambah dua lagi pemain dari Leicester dan Man Utd.

Tengah

  • Jordan Henderson (Liverpool)
  • Mateo Kovačić (Chelsea)
  • Kevin de Bruyne (Manchester City)
  • Adama Traoré (Wolves)
  • Richarlison (Everton)
  • Riyad Mahrez (Manchester City)

Agak mengejutkan apabila tiada nama pemain box to box Aston Villa, Jack Grealish di dalam senarai pada kali ini. Dua pemain Man City berjaya memasuki senarai.

jack grealish

Penyerang

  • Sadio Mané (Liverpool)
  • Mohamed Salah (Liverpool)
  • Marcus Rashford (Manchester United)
  • Heung-min Son (Tottenham)
  • Jamie Vardy (Leicester)
  • Sergio Agüero (Manchester City)
  • Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)

Dua penyerang sayap Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah bersama dengan Aubameyang dari Arsenal berjaya menempatkan diri.

Ketiga-tiga mereka merupakan penyerang yang berkongsi kasut emas pada musim lalu.

auba salah mane

Aksi cemerlang Marcus Rashford dan Jamie Vardy, membolehkan dua penyerang England itu berada dalam senarai.

Ramai juga yang mempersoalkan, di mana Danny Ings, pemain penyerang yang cemerlang pada musim ini.

Apa pandangan anda? Adakah pasukan ini cukup bagus ataupun terlalu fantasi? Di mana, terlalu ramai pemain offensive minded di dalam sistem mereka.

Baca berita dari Eropah yang lain

EPL Rancang Kembali 12 Jun Dengan Beraksi Di 8-10 Stadium

Szczesny Dedah Wenger Tak Suka Dengan Keraian Troll Selfie Di White Hart Lane

Arsenal Berminat Dapatkan Dembele Secara Pinjaman