Kami menyenaraikan kesebelasan yang boleh dibentuk England daripada pemain yang tidak dipanggil mewakili negara mereka dalam Piala Dunia 2022 akan datang.

England baru sahaja mengumumkan 26 skuad utama mereka.

Ternyata ada beberapa nama pemain dianggap ‘agak mengejutkan’ kerana tidak dipanggil.

Berikut adalah kesebelasan England yang terpinggir.

Penjaga gol  – Dean Henderson (Nottingham Forest)

Dean Henderson mendesak perpindahan secara pinjaman ke Forest kerana dia mahu merampas tiket ke Piala Dunia bersama England.

Dalam wawancara sebelum ini dengan wartawan, dia menyatakan bahawa dia tidak bercakap dengan Ten Hag untuk meminta berpindah. Kerana menurutnya, Ten Hag mungkin akan menghalangnya.

Keutamannya adalah tempat dalam skuad England.

Bek kiri – Ryan Sesegnon (Tottenham)

Menjadi pemain yang serba boleh di sayap. Boleh bermain wingback dan fullback. Calon ideal untuk sistem England.

Bek tengah – Guehi

Pemain yang semakin meningkat naik bersama Palace ini dianggap pesaing sengit kepada posisi pertahanan tengah. Tetapi dia gagal memasuki senarai akhir.

Bek tengah -Fikayo Tomori (AC Milan)

Apa lagi yang Tomori harus lakukan untuk mendapatkan tempat di dalam skuad Southgate. Dia berpindah dari Chelsea ke Milan untuk mendapatkan minit perlawanan.

Menjadi antara bek tengah yang beprestasi cemerlang sejak musim lalu. Menjadi nadi kejayaan Milan dalam menamatkan kemarau kejuaraan Scudetto.

Bek kanan – Joe Gomez (Liverpool)

Mungkin bukan posisi yang sukar untuk England. Kerana mereka ada ramai pemain yang bagus di posisi bek kanan. Namun dari kalangan pemain tidak dipanggil, Joe Gomez boleh dianggap antara pemain yang bagus.

Tengah – Jared Bowen (West Ham)

Pemain yang boleh bermain di banyak posisi di atas padang. Dia pemain yang memiliki kelajuan yang sangat bagus serta lincah.

Tengah – James Ward-Prowse (Southampton)

Dianggap antara pemain yang selayaknya berada dalam skuad Piala Dunia England untuk edisi kali ini.

Pemain yang memiliki keupayaan sepakan percuma dan sepakan penjuru yang luar biasa ini juga antara pemain yang menunjukkan prestasi yang baik.

Sayap kiri – Harvey Barnes (Leicester)

Pemain yang memiliki kelicikan dan kreativiti yang sangat baik. Mulai meningkat naik bersama Leicester sejak beberapa musim  lalu.

Dia juga seorang pemain yang memiliki keupayaan menjaringkan gol.

Sayap kanan – Jadon Sancho (Manchester United)

Pernah menjadi pemain penting Southgate. Namun kali ini dia disisihkan. Mulai mendapatkan sentuhannya pada separuh kedua musim lalu.

Jadon Sancho meraikan gol

Pada musim ini, dia memulakan musim dengan baik. Namun bergelut dengan isu kecergasan selepas itu.

Penyerang – Ivan Toney (Brentford)

Pemain yang memiliki gaya permainan ala target man namun sangat dinamik dalam gerakannya.

Pemain yang laju dan berkeupayaan tinggi dalam mana mana duel.

Penyerang  – Tammy Abraham (AS Roma)

Menjadi pemain utama AS Roma sejak berpindah ke Itali. Walaupun dia mengalami kemarau gol dalam beberapa minggu lalu, namun dia sudah kembali mendapatkan sentuhannya.

Tammy Abraham pemain yang memiliki kemampuan untuk bermain dalam sistem yang pantas.