Kira-kira 7 jam sebelum sepak mula acara bola sepak Sukan SEA 2019, keadaan stadium perlawanan iaitu Rizal Memorial Stadium masih tidak bersedia untuk menjadi gelanggang kepada sukan tersebut.

Berdasarkan gambar yang diambil oleh seorang wartawan agensi Channel News Asia, Matthew Mohan, masih ramai lagi pekerja-pekerja sedang bertungkus lumus membuat kerja-kerja bagi mempersiapkan venue kejohanan Sukan SEA 2019 itu.

Dapat diperhatikan juga, mereka tidak menggunakan peralatan keselamatan lengkap bagi melakukan kerja-kerja yang mungkin akan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri selain orang awam lain yang berada disekitar kawasan.

EKL7lT3UUAAfUXU

Di bahagian luar stadium, kerja-kerja mengecat giat dijalankan walaupun stadium akan digunakan pada petang nanti. Selain itu, kawasan sekitar stadium juga masih tidak bersedia untuk menerima kehadiran penonton kerana banyak besi serta perkakasan pembinaan masih berada disitu.

EKL7lTvVAAAOhtv

Manakala dibahagian dalam pula lebih teruk keadaannya dimana kelihatan karpet dinding serta lampu masih ada yang belum dipasang selain wayar-wayar elektrik yang belum dipasang dengan sempurna.

Paling mengejutkan adalah gambar keadaan bilik persalinan pemain yang boleh dikatakan tidak sempat digunakan petang nanti. Lantai bilik persalinan serta dinding dalaman jelas masih tidak siap seperti dalam gambar dibawah dan kami tidak tahu bagaimana reaksi pasukan yang akan beraksi petang nanti setibanya di stadium ini.

EKL9ZkcUUAAh_sp

Gambar bahagian bilik yang akan digunakan oleh pihak berkaitan semasa acara berlangsung.

EKL9ZkaUUAE7FkW

Ini pula adalah laluan para pemain dan petugas ketika acara sukan berlangsung di Rizal Memorial Stadium semasa Sukan SEA 2019 berlangsung.

EKL9ZkjUUAARBVB

Persediaan yang dibuat oleh Filipina selaku tuan rumah Sukan SEA 2019 ini adalah sangat memalukan dan tidak boleh diterima dan telah mengundang pelbagai reaksi negatif dari kontingen bakal menggunakan venue ini.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Brendan Gan: Kita Bukan Pasukan Yang Kerdil Lagi, Positif Dengan Kualiti Yang Dimiliki Dalam Pasukan Malaysia

Datuk Ong Kim Swee Umum Skuad Sukan SEA, Wan Kuzain Tiada Dalam Senarai Ke Filipina

Sukan SEA 2019: Ong Kim Swee Sudah Ada Gambaran Awal Barisan Terbaik Malaysia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group