Bekas penyerang Red Devils, Robin Van Persie memberikan pandangan beliau tentang apa yang sedang berlaku di Man United dan Liverpool pada ketika ini.

Van Persie sebenarnya tidak gemar dengan apa yang berlaku, selepas pemergian Sir Alex Ferguson.

Van Persie menyatakan bahawa, penurunan prestasi dan reputasi Manchester United bermula selepas mereka ditinggalkan Sir Alex Ferguson.

Semua itu sudah dijangka. Namun beliau tak sangka impaknya masih lagi berlaku walapun selepas beberapa tahun Sir Alex Ferguson meninggalkan mereka.

van persie

Van Persie merasakan, masalah utama United sekarang adalah, pengurusan tertinggi telah mengubah hala tuju kelab. Di mana, kepentingan komersial mulai menjadi penting berbanding bola sepak.

Bercakap kepada So Foot, Van Persie mengambil contoh perbandingan dengan Liverpool dan Jurgen Klopp.

Paling ketara adalah ketika pembelian pemain untuk membentuk pasukan.

Man United dilihat masih mahu mengutamakan pembelian bintang tanpa mengambil kira kesesuaian pemain itu kepada taktikal mereka.

“Jika anda bandingkan Man United dengan Liverpool, Jurgen dilantik dan pemain yang mereka beli adalah pemain yang sesuai berdasarkan kehendak falsafah beliau.”

“Mereka membeli pemain bukan kerana bermotifkan pemasaran.”

“Di Manchester United pula, mereka berusaha sedaya upaya mendapatkan bintang dan nama besar seperti Pogba dan Alexis Sánchez.”

“Itu adalah cara yang sangat berisiko. Jika pemain-pemain bintang ini cedera ataupun tidak sesuai dengan sistem permainan, satu pasukan akan dalam masalah.”

“Di Liverpool, mereka memperkasakan falsafah mereka dengan kuasa kolektif daripada para pemain mereka – tidak seperti di Manchester United.”

Robin Van Persie kemudian merasakan, Man United perlu untuk membantu Ole Gunnar Solskjaer untuk mencapai matlamatnya bagi membentuk pasukan berdasarkan falsafah beliau.

“Cabaran getir sekarang ini adalah, Manchester United harus memastikan Ole Gunnar Solskjaer dapat menstabilkan filosofi permainan beliau sendiri di dalam pasukan.”

Van Persie berkongsi pengalaman beliau ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson. Di mana beliau dapat merasakan bagaimana satu pasukan bermain dan memahami satu falsafah permainan secara kolektif.

van persie alex ferguson

“Setiap pemain perlu memastikan mereka dapat membentuk suasana yang dapat menolak kamu menjadi pemain di tahap maksimum.”

“Semasa era Sir Alex Ferguson, beliau adalah individu yang tidak pernah penat menggesa mengingatkan pemain setiap hari tentang apa yang mereka harus lakukan.”

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

Benzema Tetap Anggap Giroud Gokart Walaupun Dikecam

Lapan Pemain Import Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

3 Alasan Remeh Utama Penjaga Gol Vietnam Ini Tidak Berminat Dengan ‘Tawaran’ Dari Buriram United

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group