Marcus Rashford menjadi bintang utama ketika Manchester United bertemu RB Leipzig dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah berdepan dengan Leipzig.

Rashford menjadi kunci utama ketika United membelasah Leipzig. Walaupun United mendahului sebelum beliau dimasukkan, namun aksi Red Devils tidak terlalu garang.

Kemasukan Rashford mengubah intensiti dan karakter Man United. Di mana beliau menghukum setiap inci kesilapan lawan dalam perlawanan ini untuk mencetak hatrik – selepas dimasukkan.

Selain daripada hatrik Rashford, dua lagi gol lain United disumbangkan oleh Mason Greenwood dan Martial.

rashford

Rashford kini menjadi pemain kelima dalam sejarah menjaringkan hatrik dalam UCL dengan masuk sebagai pemain gantian. Antara nama lain sebelum ini termasuk Walter Pandiani dan Kylian Mbappe.

KeputusanOle Gunnar Solskjaer, untuk meletakkan Rashford dari awal minit cukup mengejutkan.

Lebih-lebih lagi, Manchester United menghadapi kesukaran untuk menjaringkan gol pada babak pertama.

Namun, pengendali dari Norway itu mempunyai alasan beliau tersendiri.

Dia mengatakan bahawa Rashford, dan juga Bruno Fernandes, telah terlalu kerap bermain dan memerlukan rehat untuk beberapa ketika.

“Semua orang tahu bahawa pada satu masa anda harus berehat. Pemain tidak boleh bermain enam atau tujuh perlawanan dalam dua minggu, itu akan menjadi sukar,” tegas Ole.

“Bruno dan Marcus bermain lima kali dalam 14 hari, cukup sukar. Bola sepak di era ini, dengan intensiti, anda memerlukan masa untuk berehat dan itulah sebab mengapa kami mempunyai skuad besar,” tambah beliau lagi.

Solskjaer juga memuji impak diberikan Rashford dari bangku simpanan. Dan berharap pemain itu memberikan impak yang serupa selepas ini, sama ada sebagai pemain kesebelasan utama ataupun pemain gantian.

“Dia bermain dengan baik – tentu saja, kami menginginkan perkara seperti itu daripada pemain gantian. Itu hanya boleh berlaku apabila pemain lain juga mengubah permainan mereka.”

“Kerana Leipzig membuat anda bekerja keras, tekanan mereka sangat tinggi, serangan balas yang pantas, intensif dan kami harus benar-benar menggali lebih dalam dan bekerja keras satu sama lain,” kata Solskjaer selepas tamat perlawanan.

Baca juga perkembangan lain

UCL: Man United Ajar Leipzig, Rashford Ledak Hatrik Selepas Dimasukkan

Bartomeu Letak Jawatan Selepas 6 Tahun

UCL: Kisah Morata Hatrik Ofsaid Hiasi Kekalahan Juve Di Tangan Barcelona