Bayern Munich tidak terlepas daripada rumors perpindahan Lionel Messi.

Ini selepas Messi membuat permohonan mahu meninggalkan Barcelona secara percuma musim ini.

Adidas antara faktor penting yang membuatkan Bayern Munich mungkin akan menjadi destinasi seterusnya Lionel Messi.

Kerana Bayern dan Messi masing masing mendapat tajaan eksklusif daripada Adidas.

Banyak kelab yang dikaitkan dengan Messi. Selepas Inter Milan yang mengumumkan mereka tidak berada dalam persaingan mendapatkan Messi, dan kini Bayern Munich pula.

Menurut BILD, ada 4 sebab kenapa Bayern Munich tidak berminat mendapatkan Lionel Messi.

1. Keharmornian berpasukan

Hansi Flick dilaporkan selesa dengan kelompok pemain muda dan senior yang beliau ada pada hari ini.

Menurut Flick, lebih penting membentuk pasukan yang harmorni dan semangat secara berpasukan berbanding memiliki superstar.

2. Flick masih percayakan Muller

Thomas Muller berjaya bangkit semula kepada prestasi terbaik di bawah Hansi Flick.

Beliau beraksi sangat cemerlang di bawah kendalian pengurus dari Jerman itu. Hansi Flick tidak melihat ada keperluan beliau mendapatkan Messi sedangkan sudah ada Muller di posisi tersebut.

3. Struktur gaji

Bayern Munich tidak sedia untuk menanggung gaji Lionel Messi yang sangat tinggi. Dalam kontrak semasa, Messi merupakan pemain bola sepak dengan gaji tertinggi di Eropah.

Struktur gaji yang Bayern milik sekarang adalah terkawal berbanding dengan beberapa kelab gergasi eropah yang lain.

4. Ekonomi ketika krisis

Ketika ini kesemua pasukan di Eropah merasai impak daripada koronavirus. Jadi, adalah mustahil untuk mereka mendapatkan Lionel Messi.

Bayern lebih fokus kepada kontrak pemain sedia ada daripada mendapatkan pemain baharu.

Walaupun hakikatnya pemain itu mahu pergi secara percuma, namun Barcelona masih berkeras mahu meminta €700 juta – klausa pelepasasn – pemain tersebut.

imago0047840964h-1024×657
Messi

Selain itu, jika Messi pergi secara percuma, Bayern masih memikirkan soal gaji. Ia boleh memberikan impak jangka panjang seperti mana struktur gaji yang rosak di Man United kerana Alexis Sanchez.

Baca juga perkembangan lain

Messi Pertimbang Gabung Semula Dengan Guardiola

Messi Mahu Aktifkan Klausa Perpindahan Percuma Untuk Tinggalkan Barcelona

Statistik Ini Membuktikan Lewandowski Selayaknya Mendapat Ballon d’Or