Awal pagi nanti, Luqman Hakim bakal terbang ke Belgium bagi memulakan era baru dalam karier bola sepak beliau bersama KV Kortrijk.

Mungkin ramai yang masih tidak jelas mengenai apakah perancangan awal setibanya Luqman Hakim disana nanti.

Menurut Twitter Pemain Ke-12, Luqman Hakim telah dipersiapkan dengan 4 aktiviti utama setibanya beliau di Belgium bagi mengekalkan kecergasan beliau sebelum mencari tempat dalam skuad utama KV Kortrijk.

  1. Selepas tiba di Belgium, Luqman Hakim akan menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
  2. Sepanjang tempoh kuarantin 14 hari itu, Luqman Hakim akan disediakan dengan program kecergasan oleh pihak kelab.
  3. Selepas tamat tempoh kuarantin 14 hari tersebut, Luqman Hakim akan berjumpa dengan keluarga angkat beliau di Belgium.
  4. Kemudian, Luqman Hakim akan mula menjalani latihan bersama skuad bawah umur KV Kortrijk (dijangkakan skuad bawah 21 tahun) terlebih dahulu sebelum diserap masuk kedalam kem pasukan senior kelab.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Luqman Hakim di Belgium!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka

Jun Nishikawa Bakal Disambar Lille OSC Pada Harga RM12.5 Juta, Tahun Pertama Dipinjamkan Ke Liga Belgium

Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) Muncul Sebagai Penerima Anugerah Ahli Emas Pertama Piagam SupaRimau FAM