Saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dilihat telah berjaya menarik perhatian beberapa pemain dari Thailand yang pernah beraksi dengan kelab gergasi Toyota Thai League – Buriram United.

Dalam saingan musim ini, ada 4 bekas pemain kelab Buriram United yang sedang bersama pasukan tempatan seperti;

1) Diogo Luis Santo (Johor Darul Ta’zim)

639964
– Beliau pernah beraksi bersama Buriram United dari musim 2015 hingga 2018 dan sehigga kini tiada pengganti yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo.

2) Narupon Putsorn (Melaka United)

88173998_2743378952556829_1844888564748255232_o
– Pemain ini pernah beraksi untuk Buriram United untuk musim 2017. Sebelum menyertai pasukan Melaka, beliau beraksi untuk kelab Suphanburi dan Nakhon Ratchasima FC.

3) Dennis Buschening (Sabah FA)

82403981_858757007892064_760803703585243136_o
– Musim 2013 dan 2014, beliau menjadi milik Buriram United, namun pemain kacukan Thailand-Jerman ini telah dipinjamkan ke kelab BEC Tero Sassana pada awal penyertaannya.

4) Anawin Jujeen (Petaling Jaya City FC)

Screenshot 2020-03-18 at 2.36.32 PM
– 3 musim beraksi untuk Buriram United dari 2013 hingga 2016, beliau telah merekodkan penampilan 3 angka bersama kelab itu termasuk berpengalaman turun dalam aksi AFC Champions League berdepan kelab-kelab gergasi Asia seperti Esteghlal, Budyonkor, FC Seoul serta Vegalta Sendai.

Semoga aksi lebih berkualiti dapat dipamerkan oleh pemain-pemain dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 untuk menarik lebih banyak pemain dari luar negara beraksi pada musim berikutnya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

TERKINI: Tonton Video Paparan Keadaan Semasa Bumbung Stadium Shah Alam Yang Sangat Daif

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group