Kelab bola sepak Sri Pahang FC (SPFC) hari ini mengumumkan kerjasama selama setahun bersama sebuah syarikat pembekal produk kesihatan tempatan, Infinity Nutritions Sdn. Bhd.

Menurut kenyataan rasmi, syarikat tersebut akan membekalkan sebanyak 200 tub suplemen berupa protein – Infinity Whey – bernilai keseluruhan RM46,000 untuk memantapkan kecergasan dan fizikal para pemain Sri Pahang bagi mengharungi saingan Liga Malaysia.

“Pertama sekali kita nak ucapkan terima kasih kepada Infinity Nutritions yang tampil ke depan menaja Sri Pahang berupa supplement dalam bentuk protein untuk memantapkan lagi kondisi fizikal dan kecergasan pemain. Pihak pengurusan cukup gembira untuk mengumumkan kerjasama ini dan kita juga akan membantu memperomosikan penajaan dari syarikat yang disebut.

“Kita juga mengalu-alukan jika ada pihak-pihak yang sudi untuk bekerjasama atau menghulurkan tajaan, walaupun sedar pada ketika penularan Covid-19 ini ia situasi yang sukar. Sri Pahang berbesar hati membuka tangan menerima apa sahaja bentuk penajaan yang sesuai dan memberi manfaat kepada pasukan sepanjang saingan Liga Super yang mendatang ini,” kata CEO Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang.

Pengurus Pemasaran Infinity Nutritions Sdn Bhd, Rudhi Ritzmann Yuen berterima kasih kepada kepercayaan Sri Pahang yang menjadikan Infinity Nutritions sebagai rakan penaja sekaligus memberikan platform untuk memperkenalkan produk mereka kepada umum.

“Apabila Sri Pahang menyatakan minat bekerjasama, kita tidak ada sebab untuk fikir panjang menyedari tiada platform yang lebih baik dari ini untuk memperkenalkan kelebihan dan kebaikan produk kita apatah lagi ‘direction’ Infinity Nutritions adalah kecergasan.

“Protein adalah asas kepada mana-mana sukan, dan kelebihan protein kita adalah kita menggunakan campuran pea protein (kacang) bersama-sama whey protein berbanding yang lain menggunakan soy protein. Ia boleh didapati dalam dua perisa,” ujar Rudhi.

Sri Pahang akan bertemu dengan Melaka United dalam aksi Liga Super yang kembali bersambung selepas lebih dua bulan berehat, pada 25 Julai depan di Stadium Darulmakmur.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

ZamSaham Lihat PSPS Riau Dan Kelantan FC Berpotensi Memberi Keuntungan Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang

Lima Pasukan Dibenarkan Beraksi Di Venue Asal

Pulih Daripada Kecederaan, Nik Sharif Harap Dapat Peluang Beraksi