Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Presiden FIFA, Gianni Infantino membuat cadangan agar negara negara Arab menjadi rakan penganjur bersama Piala Dunia 2030 dengan Israel.

Cadangan itu dibuat oleh Infatino ketika menghadiri majlis pelancaran Muzim Toleransi yang dibina oleh Israel di atas tapak perkuburan umat Islam di Jerusalem.

Tindakannya menghadiri program itu telah membuatkan FA Palestine sangat terkilan. Kerana jelas sekali muzim itu bersifat propaganda politik oleh Israel.

FA Palestine mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana terpaksa tidak mengendahkan lawatan Presiden FIFA itu ke Jerusalem itu.

Infantino pada awalnya turut merancang mahu bertemu dengan Pengerusi FA Palestine, Jibril Rajoub. Namun pertemuan itu dibatalkan oleh FA Palestine.

Kerana menurut mereka Infantino telah melukakan hati ramai rakyat Palestine. Seterusnya Palestine turut berharap lawatan Infantino kali ini akan mengubah sistem bola sepak di negara mereka.

Sambil FA Palestine menegaskan bahawa pemilihan Israel sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030, akan merosakkan sistem bola sepak antarabangsa.

Ini kerana Israel seringkali menyerang pemain pemain bola sepak Palestine termasuk di West Bank.

Ramai pemain bola sepak Palestine ditangkap, malah ada yang ditembak, hanya kerana mereka bermain di zon yang tidak dibenarkan Israel. Sedangkan, menurut FA Palestine, pemain pemain tersebut bermain di tanah mereka sendiri, Palestine.

Infantino menegaskan bahawa, beliau sangat menyokong Israel akan membida hak penganjuran Piala Dunia 2030 dan mahu melihat negara negara Arab, yang menjadi jiran Israel akan menjadi negara penganjur bersama

Negara seperti UAE dianggap sangat sesuai untuk bergandingan dengan Israel dalam menjadi penganjur Piala Dunia.

Israel menyatakan keinginan mereka menjadi penganjur Piala Dunia 2030. Ianya selepas perdana menteri mereka, Naftali Bennet memberitahu perkara tersebut kepada Infantino.

Selain itu Infantino turut menyokong idea Piala Dunia 2 tahun sekali. Menurutnya: “Kalau aksi Super Bowl boleh setahun sekali, kenapa tidak Piala Dunia 2 tahun sekali?”

Baca juga artikel

Fabrizio Romano: Newcastle Tak Berminat Dengan Coutinho

Barcelona: Sediakan €55 Juta Semusim Baru Boleh Bincang Nak Letak Nama Anda Depan Jersi Kami

Busquets Kecam Pengadil Sahkan Gol Ofsaid Mbappe Yang Berikan Kejuaraan Kepada Perancis

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group