Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia B-23, Indra Sjafri yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk meraih pingat emas meskipun diundi berada dalam kumpulan maut pada temasya Sukan SEA Filipina 2019.

Dalam undian acara bola sepak lelaki yang berlangsung di Manila semalam, Indonesia diundi dalam kumpulan B bersama dua pencabar terkuat iaitu Thailand dan Vietnam. Tiga lagi pasukan ialah Laos, Singapura dan juga Brunei.

undian sukan sea 19-01
Grafik keputusan undian bola sepak lelaki Sukan SEA 2019

Mengulas mengenai keputusan undian tersebut, Indra menegaskan pasukannya tidak gentar berhadapan mana-mana lawan yang kuat kerana mereka kali ini melakukan persiapan yang rapi bagi mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“Bismillah dengan fokus dan kerja keras, kami yakin akan memberikan persembahan yang terbaik meskipun kami berada dalam kumpulan yang berat.

“Kami akan cuba mendapatkan pingat emas yang selama ini dinanti-nantikan oleh rakyat Indonesia. Yakin dan percaya kita bisa. Semangat menolak menyerah,” katanya seperti dipetik dalam portal berita Indonesia, Tribunnews.com

Bulan lepas, Indra telah menyenaraikan 40 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat. Daripada 40 pemain itu, 5 daripadanya adalah pemain berstatus senior yang mungkin cuba diperhatikan oleh Indra Sjafri untuk digandingkan dengan pemain-pemain bwah 23 tahun lain.

Format pertandingan membenarkan setiap negara mempunyai dua pemain yang melebihi umur 23 tahun. Diantara pemain bintang yang tersenarai dalam 40 pemain tersebut adalah Egy Maulana, Evan Dimas, Septian Bagaskara serta pemain veteran Beto Goncalves.

https://www.instagram.com/p/B2yv7sVAuPn/?utm_source=ig_web_copy_link

Saingan peringkat kumpulan bagi acara bola sepak lelaki ini akan bermula dari 25 November sehingga 5 Disember. Aksi separuh akhir pula dijangka berlangsung pada 7 Disember sementara penentuan tempat ke-3 dan perlawanan akhir diadakan pada 10 Disember 2019.

Lihat artikel lain berkaitan dengan perkembangan acara bola sepak lelaki di temasya Sukan SEA 2019 melalui pautan dibawah.

Sukan SEA 2019: Malaysia Diundi Dalam Kumpulan A

Kem Latihan Pusat Skuad Bola Sepak Sukan SEA Dijangka Bermula Pada 4 November

Akira Nishino: Thailand Tidak Akan Daftarkan Pemain Senior Dalam Skuad Sukan SEA 2019