Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia B-23 tahun, Indra Sjafri menggesa pasukan Pahang agar bersikap adil dengan melepaskan pemain sayap, Saddil Ramdani bagi menyertai latihan pusat menjelang temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Saddil kembali ke pangkuan Pahang setelah membantu pasukan senior Indonesia menghadapi Vietnam dalam perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Indra
Saddil Ramdani. Sumber Gambar: Akurat.co

Pemain sayap berusia 20 tahun itu membarisi kesebelasan utama pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 menentang Kedah dimana keputusan perlawanan berakhir 3-3.

Menurut Indra, beliau menerima keputusan Pahang mengenai situasi Saddil namun beliau berharap pasukan itu mengambil langkah yang adil.

“Kalau Saddil itu tergantung kepada kelan beliau. Jika diizinkan, dia akan kembali menyertai kem latihan pusat. Jika tidak mendapat izin, maka saya tidak mempunyai masalah.

Indra
Indra Sjafri

“Tetapi jika tidak dilepaskan, bagaimana kami mahu membawa Saddil ke temasya Sukan SEA. Di sini Pahang harus bersikap adil. Jika mereka melepaskan pemain tempatan untuk menyertai pasukan kebangsaan, kenapa tidak Saddil,” katanya menurut laporan Tribun News.

Dalam saingan bola sepak lelaki temasya Sukan SEA edisi kali ini, Indonesia diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Thailand, Laos, Singapura dan Brunei Darussalam.

Dalam saingan edisi 2017, Indonesia meraih pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Myanmar di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Sebelumnya, Indonesia tewas kepada Malaysia di pentas separuh akhir.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Indonesia di sini:

Indra Sjafri Yakin Indonesia Raih Pingat Emas Sukan SEA Walaupun Diundi Dalam Kumpulan ‘Neraka’

Peminat Indonesia Mahu Bekas Jurulatih JDT Ganti Simon McMenemy

Simon McMenemy Mungkin Dipecat Jika Indonesia Tewas Kepada Vietnam