Pasukan Liga Malaysia sedang bertungkus-lumus membuat persiapan bagi menghadapi saingan musim hadapan dimana mereka mula memburu pemain tempatan dan juga import bagi memantapkan pasukan.

Tidak ketinggalan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana iaitu Kelantan dimana baru-baru ini mereka dikaitkan dengan perpindahan bekas pemain, Indra Putra Mahayuddin yang sebelum ini pernah menyarung jersi The Red Warriors.

Indra Putra
Sumber Gambar: Wikipedia

Masa depan Indra yang beraksi bersama Kuala Lumpur sejak musim lalu menjadi tanda tanya selepas skuad The City Boys tersingkir ke Liga Perdana musim hadapan setelah mereka manamatkan Liga Super di zon penyingkiran. Dengan konflik yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang masih belum menemui jalan penyelesaian, Indra dijangka bakal meninggalkan pasukan itu.

Indra sebelum ini pernah beraksi sebanyak tiga kali bersama juara Piala Malaysia 2012 itu dimana kali pertama ialah pada musim 2009 hingga 2010. Setelah membantu pasukan tersebut memenangi Piala Malaysia 2010, Indra Putra berhijrah dengan menyertai T-Team.

Indra Putra
KOTA BHARU 02 AUGUST 2017. Penjaga gol Melaka United, Badrulzaman Abd. Halim mengawal bola dari asakan Kapten pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dalam aksi Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. NSTP/FATHIL ASRI

Pemain berusia 38 tahun ini hanya beraksi selama semusim bersama T-Team sebelum kembali menyertai Kelantan pada 2012. Indra sekali lagi memenangi gelaran Piala Malaysia pada tahun yang sama dan beliau menerima tawaran Felda United yang ketika itu beraksi di Liga Perdana pada musim berikutnya.

Pada 2016, Indra kembali beraksi bersama Kelantan dan tempoh ketiga beliau bersama pasukan itu bertahan selama dua musim sebelum berhijrah dengan menyertai Kuala Lumpur.

Selain Kelantan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Indra, satu lagi kelab dari Pantai Timur iaitu Kelantan United yang baru sahaja muncul juara Liga M3 dikhabarkan turut berminat menandatangani bekas pemain skuad kebangsaa itu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Nik Akif Bakal Tinggalkan The Red Warriors Untuk Bersama Pasukan ‘Hitam Putih’ Musim Hadapan

Mat Sabu Dilantik Sebagai Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).