Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini telah mengumumkan senarai 24 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat sebagai persiapan untuk menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

Skuad kendalian Simon Mcmenemy itu mula menjalani latihan pada 21 Ogos ini di Pakansari, Bogor sebelum dijadualkan menentang Malaysia pada 5 September dan Thailand (10 September) di Stadium Gelora Bung Karno.

Simon turut menyifatkan barisan pemain yang dipanggil kali ini merupakan paling terbaik dan sesuai dengan taktikalnya berdasarkan prestasi mereka dalam saingan Liga Indonesia.

“Setelah berbincang dengan para pembantu dalam skuad kebangsaan mengenai siapa pemain yang layak dipanggil dan juga hasil ‘scouting’ dalam saingan Liga 1 dari Jakarta hingga ke Surabaya, kami memutuskan untuk memanggil 24 pemain ini.

“Kami mencari pemain yang boleh menjadi ‘role model’, yang mampu menjalankan tugas dengan baik dan bermain mengikut sistem yang kami inginkan. Sudah tentu kami berharap mereka memiliki pengetahuan taktikal yang baik sehingga mampu bermain dalam formasiĀ  serta posisi yang berbeza,” jelas Simon.

Simon McMenemy
Sumber Gambar: Sumber.com

Turut tersenarai dalam 24 pemain tersebut ialah bekas pemain import Selangor musim lepas, Evan Dimas dan bekas pemain Kedah, Andik Vermansah. Malah mereka turut menyenaraikan 5 pemain naturalisasi iaitu Otavio Dutra, Victor Igbonefo, Gred Nwokolo, Beto Goncalves dan Osas Saha.

Mengulas mengenai persiapan menentang dua perlawanan awal kelayakan Piala Dunia 2022, simon menegaskan mereka mahu memastikan benteng pertahanan tidak dibolosi dengan mudah untuk memberi tekanan kepada lawan.

“Dua perlawanan pertama kami menentang lawan yang kuat di Asean. Saya mahu lihat bagaimana pemain mengawal emosi mereka. Dan paling penting ialah kita tidak bolos dan sentiasa fokus di atas padang selama 90 minit, ” ujarnya.

SENARAI 24 PEMAIN SKUAD INDONESIA

  • Penjaga Gol
    Andritany Ardhiyasa
    Awan Setho
    Angga Saputra
  • Pertahanan
    Ricky Fajrin
    Hansamu Yama
    Otavio Dutra
    Yanto Basna
    Yustinus Paew
    Johan Alfarizi
    Andika Wijaya
    Victor Igbonefo
  • Tengah:
    Andik Vermansah
    Evan Dimas
    Rizky Pora
    Manahati Lestusen
    Rizky Pellu
    Stefano Lilipaly
    Zulfiandi
    Irfan Jaya
    Irfan Bachdim
    Greg Nwokolo
  • Penyerang:
    Ferdinand Sinaga
    Beto Goncalves
    Osas Saha
Sumber