Pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Hansamu Yama yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya apabila bakal berdepan tugas sukar menentang UAE dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai malam ini.

Pada dua perlawanan sebelum ini, mereka tewas 2-3 kepada Malaysia serta 0-3 kepada Thailand namun Hansamu menegaskan pasukannya kali ini sudah melakukan persiapan rapi dan sedia mengejutkan pasukan gergasi Asia itu.

“Ini perlawanan tempat lawan yang pertama kami, sudah tentu ia tidak mudah. Namun, UAE masih boleh dikalahkan. Kami sudah beberapa hari melakukan persiapan di sini,” katanya dalam sidang media semalam.

hansamu-yama-preskon-timnas-vs-uea-2019-_x600

Hansamu Yama yakin Indonesia akan melakukan kejutan. FOTO: PSSI

Skuad Indonesia tiba lebih awal di Dubai bagi membiasakan diri dengan perbezaan waktu dan keadaan cuaca yang dilaporkan jauh lebih panas daripada Jakarta.

“Ada perbezaan waktu, namun kami juga sudah membiasakan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti pada waktu ini. Semoga esok (malam ini) kami berjaya mendapatkan 3 mata.

“Jurulatih sudah menerangkan pelbagai strategi menentang UAE, sudah tentu kami semua akan bekerja keras. Kami juga memohon sokongan dan doa daripada rakyat Indonesia,” tambahnya.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad Garuda, Simon McMenemy percaya anak buahnya akan memberikan tentangan sengit kepada lawan dan menuntut mereka bekerja lebih keras jika mahu meraih kemenangan.

simon-mcmenemy-pimpin-latihan-di-dubai-uea-_x600

Simon McMenemy memberi arahan kepada pemainnya. FOTO: PSSI

“Tugas berat menanti skuad kebangsaan Indonesia di tempat lawan. Kami percaya mampu memberikan tentangan sengit. Sudah tentu mereka perlu kerja keras jika ingin mendapatkan keputusan yang positif.

“Kami harus fokus dan berhati-hati dalam perlawanan nanti. UAE mempunyai ramai pemain berkualiti dengan jurulatih yang bagus,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan lain dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang mungkin anda terlepas pandang.

Akibat Terlepas Penerbangan, Doan Van Hau Gagal Hadiri Sesi Latihan Vietnam

Purata Umur Skuad Malaysia 25.65 Tahun, Senarai Akhir 23 Pemain Untuk Bawa Pulang 3 Mata Dari Hanoi

Thailand Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Congo Dan UAE

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group