Indonesia kini tampak sudah bersedia untuk membida hak sebagai tuan rumah FIFA Piala Dunia 2034 setelah mendapat sokongan penuh daripada wakil negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Delegasi Indonesia yang diketuai oleh Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan (SESMENPORA) iaitu Gatot S. Dewa Broto telah menghadiri mesyuarat khas yang melibatkan pegawai tertinggi sukan dalam kalangan negara ASEAN di Manila, Filipina semalam.

Dalam pertemuan itu, mereka telah mencapai beberapa keputusan yang positif dan sepakat untuk menyokong pencalonan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034. Sebelum ini, Indonesia melalui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah mengusulkan diri dengan Australia untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2034.

5d9b5a7c28c00
FOTO: KEMENPORA

Gatot juga sempat mengadakan perbincangan bersama PSSI untuk terus bekerjasama rapat dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bagi memastikan peluang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia cerah.

“Tidak mungkin seluruh negara ASEAN menjadi lokasi perlawanan, setiap negara ASEAN harus mula melakukan kerja bersama persatuan bola sepak masing-masing.

“ASEAN harus memanfaatkan peluang giliran kawasan Asia pada tahun 2034 dengan sebaiknya, kerana jika tidak, ia akan jatuh pada China,” kata Gatot seperti dipetik dalam Kompas

Idea untuk menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu telah dicadangkan kepada pemimpin negara Asia Tenggara ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-34, di Thailand pada bulan jun lepas.

Bagaimanapun, mereka berdepan satu halangan, iaitu bidaan daripada China untuk penganjuran Piala Dunia 2030. Jika China menang bidaan Piala Dunia 2030, maknanya giliran negara Asia yang lain perlu tunggu minimum tahun 2038.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan kebangsaan Indonesia.

Beto Goncalves Yakin Indonesia Akan Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Bekas Pemain Skuad Kebangsaan Indonesia, Okto Maniani Digantung Enam Bulan Kerana Menikam Pengadil

Indonesia Daftarkan 40 Pemain Bagi Persiapan Menjelang Saingan Sukan SEA 2019

Sumber