Skuad kebangsaan Indonesia nampaknya bakal mempunyai barisan yang lebih kuat dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 akan datang apabila mereka kini dalam proses untuk naturalisasikan beberapa pemain keturunan yang berpengkalan dari luar negara.

Sebelum ini, ada tiga nama yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai skuad Garuda iaitu Jordi Amat, Sandy Walsh, dan Shayne Pattynama.

Menurut exco Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Hasani Abdulgani, pihaknya telah mengenalpasti calon naturalisasi keempat untuk dipanggil menyertai pasukan kendalian Shin Tae-yong itu.

Hasani membuat pengumuman di laman instagram peribadinya menyatakan ada dua nama lagi berada dalam senarai naturalisasi iaitu penjaga gol Sampdoria, Emil Audero Mulyadi  atau bekas pemain Feyenoord, Jordy Wehrmann.

Malah, beliau turut mendedahkan PSSI akan menghadiri temu janji bersama pemain tersebut pada hari rabu ini untuk berbincang lebih lanjut.

“Rabu malam besok waktu Eropah atau Khamis pagi waktu Indonesia, kolega (agen) kami sudah punyai temu janji makan malam  bersama pengurus dan pemain yang diminati oleh Shin Tae-yong,” tulis Hasani.

“Siapakah di antara Emil Audero dan Jordy Wehrmann yang menjadi pemain naturalisasi keempat Indonesia?,” tambahnya.

Jika melihat apa yang disampaikan oleh Hasani, bererti akan ada salah seorang daripada dua pemain tersebut akan dipilih untuk dinaturalisasikan. Yang jelas, dua nama itu adalah pemain yang dimahukan oleh Shin Tae-yong.

Lebih menarik, akaun instagram rasmi Kementerian Belia dan Sukan Indonesia (Kemenpora) turut follow instagram penjaga gol kelab Serie A tersebut sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai proses naturalisasi pemain itu. 

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah

Impak Segera Pratama Arhan, Pengikut Instagram Tokyo Verdy Meningkat 1100% Dalam 3 Hari

AFC Umum Peraturan Baharu, Kuota Pemain Import Bertambah 5+1 Mulai Musim 2023-24

RASMI: JDT Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kumpulan I AFC Champions League