Skuad kebangsaan Indonesia menepati ramalan apabila berjaya raih tiket ke pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Chinese Taipei dengan agregat 5-1 di Stadium Chang Arena, Buriram semalam.

Pada pertemuan pertama, pasukan kendalian Shin Tae-yong itu mencatat kemenangan tipis, 2-1 hasil jaringan Ramai Rumakiek dan Evan Dimas. Namun begitu, mereka mempamerkan prestasi yang lebih baik pada perlawanan kedua dengan menewaskan lawan yang sama, 3-0.

Tiga gol Garuda dijaringkan oleh Egy Maulana Vikri pada minit ke 27, Ricky Kambuaya (minit ke 55) dan Witan Sulaeman pada minit akhir perlawanan (90+3).

Dua kemenangan ini memastikan Indonesia mara ke pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 dan berada dalam balang 4 bersama  Nepal, Mongolia, Bangladesh, Sri Lanka, Kamboja atau Guam untuk undian rasmi pembahagian kumpulan.

Malah, ranking FIFA Indonesia juga dijangka naik 10 anak tangga untuk berada di kedudukan 165 dunia berdasarkan pengiraan mata daripada VocketFC Indonesia.

Kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula pada tahun depan bakal disertai oleh 24 pasukan yang diundi dalam 6 kumpulan. Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan dapat tiket beraksi di Piala Asia 2023 di China.

Malaysia juga berpeluang diundi satu kumpulan dengan pasukan dari ASEAN iaitu Myanmar, Filipina, Thailand dan Indonesia berdasarkan pembahagian balang undian Kelayakan Piala Asia 2023.

Balang undian Kelayakan Piala Asia 2023:

Balang 1: Uzbekistan, Bahrain, Jordan, Krygyzstan, Palestin dan India.

Balang 2: Thailand, Myanmar, Filipina, Tajikistan, Turkmenistan, dan Kuwait.

Balang 3: Malaysia, Singapura, Hong Kong, Yaman, Afghanistan, dan Maldives

Balang 4: Indonesia, Nepal, Mongolia, Bangladesh, Sri Lanka, dan Kemboja/Guam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Singapura Umum Senarai Awal Skuad Piala Suzuki AFF 2020, Ada Pemain Naturalisasi

Kelayakan Piala Dunia 2022: Giliran Arab Saudi Pula Kalahkan Jepun

Kelayakan Piala Dunia 2022: Jaringan Minit Akhir China Kecewakan Vietnam

Penyokong Thailand Yakin Dengan Kemampuan Alexandre Polking