Semalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) gara-gara kerana insiden kekecohan penyokong yang berlaku ketika dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun lalu.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa skuad Indonesia apabila mereka dihukum bermain di stadium kosong tanpa penonton untuk perlawanan menentang UAE pada 31 Mac 2020 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Mereka turut didenda CHF 45,000 (RM189,000) kerana tindakan penyokongnya membakar suar serta membaling objek ke arah penyokong lawan ketika perlawanan menentang Malaysia pada 5 September 2019.

Penyokong Indonesia
FOTO:  HAZRIN MOHD ZAIDUN / ASIANA.MY

Ketika insiden tersebut, salah seorang penyokong Malaysia yang dikenali sebagai Izhar Atan mengalami kecederaan patah tangan dipercayai akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri ketika penonton tuan rumah menyerang penyokong Malaysia pada separuh masa kedua.

Seorang lagi mangsa yang masih belum diketahui identitinya mengalami kecederaan luka di kepala dan belakang akibat terkena objek yang dibaling oleh penyokong tuan rumah. Mangsa bagaimanapun dikatakan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Bukan sahaja perlawanan terpaksa dihentikan selama 8 minit pada separuh masa kedua bahkan ratusan penyokong Malaysia yang hadir hanya dibenarkan keluar dari stadium kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Petugas keselamatan tidak mahu mengambil risiko dengan melepaskan penyokong Malaysia terlalu awal dimana mereka menunggu sehingga keadaan terkawal dan penyokong tuan rumah sudah beredar dari stadium.

Setelah mengharungi 5 perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Indonesia masih gagal meraih sebarang mata apabila tewas dalam semua perlawanan walaupun bermain di tempat sendiri.

Bagi mengharungi baki perlawanan yang akan datang, PSSI telah melantik bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-Yong dengan kontrak selama 4 tahun bagi menggantikan tempat Simon McMenemy.

Antara pencapaian terbaik Tae-yong sebagai jurulatih ialah membawa Seongnam Iilhwa muncul sebagai juara AFC Champions League pada tahun 2010 dan membantu Korea Selatan menjuarai kejohanan EAFF pada tahun 2017.

Beliau juga pernah mencipta kejutan ketika membimbing Korea dalam kejohanan Piala Dunia 2018 apabila menewaskan Jerman, 2-0.

Indonesia tekad bangkit untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawanan menentang Thailand di Bangkok pada 26 Mac 2020.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Urawa Reds Mula Buka Pra-Tempah Jersi Musim 2020, Sehelai Jersi ‘Fan Issue’ Berharga RM540

Chanathip Songkrasin Muncul Rakyat Thailand Pertama Dilantik Sebagai Duta Mastercard

Thailand Belasah Bahrain Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun