Skuad Sukan SEA Indonesia dibawah bimbingan Indra Sjafri secara rasmi telah menyenaraikan 40 pemain untuk persiapan menjelang acara tersebut yang akan dilangsung pada bulan November 2019 nanti.

Dari 40 pemain itu, 5 daripadanya adalah pemain berstatus senior yang mungkin cuba diperhatikan oleh Indra Sjafri untuk digandingkan dengan pemain-pemain bwah 23 tahun lain.

Diantara pemain bintang yang tersenarai dalam 40 pemain tersebut adalah Egy Maulana, Evan Dimas, Septian Bagaskara serta pemain veteran Beto Goncalves.

Dalam senarai akhir pemain yang akan dibawa ke Filipina, hanya 18 pemain bawah umur 23 tahun dan 2 pemain senior dibenarkan untuk pendaftaran, selebihnya berada dalam senarai simpanan sekiranya berlaku pertukaran.

Undian bagi acara bola sepak saingan Sukan SEA 2019 akan diadakan pada 3 Oktober 2019 dan Indonesia berada dalam balang undian ke-2 bersama-sama Malaysia berdasarkan keputusan dalam edisi yang lepas.

Screenshot 2019-09-24 at 10.34.00 PM

Dalam perkembangan lain, skuad Thailand akan menggunakan jersi baru tajaan Grand Sport untuk aksi Sukan SEA 2019 di Filipina nanti seperti dibawah.

Grand Sport telah mula menjual jersi ini dengan harga THB890 atau sekitar RM122 sehelai dan dijual secara online serta butik-butik Grand Sports.

Artikel lain berkaitan pasukan bola sepak Indonesia dan Thailand yang telah kami keluarkan sebelum ini.

Bekas Pemain Skuad Kebangsaan Indonesia, Okto Maniani Digantung Enam Bulan Kerana Menikam Pengadil

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group