Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan atau dipanggil sebagai Iwan Bule mengesahkan pihaknya merancang untuk mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsan menentang negara dari benua Afrika.

Antara negara yang menjadi pilihan PSSI ialah Senegal yang berada di ranking 28 dunia dan diperkuatkan oleh bintang Liverpool, Sadio Mane dan pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Idrissa Gueye.

Menurut Iwan Bule, perlawanan itu dirancang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA. Indonesia kini berada di kedudukan 173 dunia dan mereka meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 150 dunia pada tahun 2020.

“Kami memang merancang perlawanan persahabatan dengan pasukan Afrika. Shin Tae-yong ingin menaikkan ke peringkat itu. Jadi itu menjadi sasaran kami.

“Kalau menentang Vanuatu, tidak logik kerana level mereka masih dibawah. Mungkin kami akan memilih Senegal atau pasukan afrika yang lain,” katany seperti dipetik dalam Skor.id.

Timnas Indonesia. (Foto: PSSI).

Timnas Indonesia. (Foto: PSSI).

Andai Senegal benar-benar menjadi lawan Indonesia, ini akan menjadi sebuah perlawanan yang menarik dan menjadi tumpuan peminat bola sepak di Asia.

Sejak dibawah kendalian bekas jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan itu, Indonesia sudah pun menjalani latihan pusat sejak minggu lepas sebagai persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada bulan Mac depan.

Indonesia kini menghuni kedudukan tercorot dalam kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tanpa sebarang mata selepas tewas dalam 5 perlawanan. Mereka tekad buru kemenangan pertama bulan depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Indonesia melalui pautan dibawah.

Shin Tae-Yong Tandatangani Kontrak Sebagai Jurulatih Indonesia Selama 4 Tahun

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group