Baru-baru ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuka tawaran kepada 47 negara anggota untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 bagi menggantikan tempat China.

China menarik diri daripada menjadi tuan rumah susulan wabak pandemik COVID-19 sukar dikawal di negara itu dimana kes harian sentiasa meningkat dan beberapa kawasan dikenakan sekatan sepenuhnya.

Namun begitu, Indonesia melihat situasi ini sebagai peluang terbaik untuk beraksi di Piala Asia secara automatik dengan menjadi tuan rumah.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamaed Iriawan yang sedia pertimbangkan untuk calonkan negara itu sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

“Ini kesempatan yang bagus, Kami akan berbincang dahulu dalam mesyuarat exco. Kemudian akan mengumumkannya (sama ada mencalonkan diri atau tidak),” katanya dipetik dalam Vocket FC Indonesia. 

Bagaimanapun, Indonesia bukan satu-satunya negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023. Menurut laporan media China, CGTN, ada empat negara yang telah membuat persiapan untuk menghantar permohonan rasmi. Mereka adalah Korea Selatan, Jepun, Qatar dan UAE.

Selain itu, mereka perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh AFC untuk menjadi tuan rumah Piala Asia seperti mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah stadium dengan kapasiti minimum 20 ribu penonton.

Malah, setiap kumpulan harus disediakan dengan dua buah padang latihan yang menepati standard FIFA.

Jepun dilihat sebagai pilihan utama AFC kerana memiliki infrastruktur stadium dan fasiliti latihan yang bagus dan lebih bersedia untuk menganjurkan Piala Asia. Berdasarkan perancangan awal, kejohanan bola sepak tertinggi di Asia itu akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai tahun depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Urawa Red Diamonds Jadikan Aksi Persahabatan Dengan PSG Sebagai Persiapan Lawan JDT

Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya

Thomas Dooley Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Filipina

Piala AFF Kini Dikenali Sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric