Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) menyatakan hasrat badan bola sepak itu untuk menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) sekaligus meninggalkan Persekutuan Bola Sapak Asia Selatan (SAFF).

Perkara ini timbul setelah salh satu kuasa besar bola sepak Asean, Indonesia mahu meninggalkan AFF dan kemudiannya menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

Menurut AIFF, niat mereka untuk menyertai AFF telah disampaikan sejak beberapa tahun lalu. Namun situasi pandemik yang melanda dunia pada ketka itu menghalang mereka daripada meninggalkan SAFF.

“Tujuan kami [pindah ke AFF] adalah supaya pasukan kebangsaan kami memiliki pertandingan yang berkualiti untuk disertai.

“AFF memberikan reaksi sangat positif, tetapi kami juga terjebak dengan situasi pandemik COVID-19,” kata Setiausaha Agung AIFF, Kushal Das dalam wawancara dengan Times of India baru-baru ini.

“Dengan mengundang India yang kekuatannya setara dengan Asia Tenggara, ia akan membawa banyak kesegaran kepada Piala AFF.

“Ini akan memberi banyak kesan kerana menghasilkan daya tarikan yang tinggi di India jika keputusan [membenarkan India menyertai AFF] boleh tercapai,” tambahnya.

Sebelum ini, netizen Indonesia menggesa agar skuad kebangsaan mereka untuk meninggalkan AFF selepas kegagalan skuad B-19 tahun negara itu dalam saingan Piala AFF B-19 baru-baru ini.

Indonesia gagal untuk melepasi saingan peringkat kumpulan dimana mereka tewas kepada Thailand dan Vietnam menerusi head to head sekaligus gagal mara ke peringkat separuh akhir.

Malaysia berjaya muncul juara saingan Piala AFF B-19 tahun setelah menewaskan Laos dengan keputusan 2-0. Kejayaan menjulang trofi tersebut diserikan lagi dengan pemilihan ketua pasukan, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri sebagai pemain terbaik kejohanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Maurício Nascimento: Tuhan Tak Pernah Menipu, Selamat Tinggal Mora

TRW Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Sejak Diambil Alih Oleh Zamsaham

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group