Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhabarkan masih belum membayar tunggakan gaji pemain seperti yang dijanjikan persatuan itu sebelum ini.

Menurut perkongsian di Instagram Story mikik beberapa pemain seperti Irfan Zakaria, Shakir Hamzah dan Farhan Roslan, mereka menyifatkan janji KFA sebagai “indah khabar dari rupa”.

KFA

Sumber Gambar: Instagram Story Shakir Hamzah

KFA

Sumber Gambar: Instagram Story Irfan Zakaria

Sebelum ini, pemain Kedah dikhabarkan hanya menerima gaji bulan Februari sebanyak 50 peratus manakala gaji bagi bulan Mac dan April masih lagi belum dibayar.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris kemudiannya memaklumkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Akan tetapi, pemain dilihat masih belum menerima sebarang bayaran dan yang lebih menyedihkan, esok merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Pemain Kedah Baru Terima 50 Peratus Gaji Februari, Mac Dan April Masih Tertunggak

Asmirul Anuar Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Langsaikan Tunggakan Gaji Pemain Kedah

Muhammad Sanusi Bakal Presiden Baharu Kedah FA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group