Pemilik pasukan TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kemaskini laman sosial beliau secara jelas menyatakan bahawa misi dan impian beliau untuk membawa pasukan itu tersenarai ke Bursa Malaysia seawal 2025.

Perkara ini diterangkan secara ringkas ketika beliau memuat naik sekeping gambar sijil penubuhan syarikat The Red Warriors Berhad (1384622-W) dimana sebab utama syarikat itu menggunakan ‘Berhad’ selari dengan misi pemilik yang mahu melihat pasukan Kelantan FC menjadi seperti Bali United.

“Syarikat Sdn Bhd maksima shareholder 50 orang. (Syarikat) Sdn Bhd tak boleh IPO, lagilah Enterprise, tak layak IPO.”

“Untuk taburan saham atau public spread kena ada at least 20% . Itu kalau di Malaysia, negara juga ada syarat minimum untuk orang awam, barulah boleh disenaraikan.”

Alhamdulillah, The Red Warriors FC Berhad secara rasmi ditubuhkan.Ini adalah syarikat berhad yg dibina untuk semua…

Posted by ZAMSAHAM on Thursday, October 1, 2020

“Syarikat berhad shareholder maksima unlimited. Sebab itu hanya syarikat berhad boleh disenaraikan di pasaran saham. Ini platform yang betul.

“Cuma tambahan bagi syarikat yang nak dienaraikan mesti ada minimum pemegang saham 1,000 orang yang memiliki 100 unit sekurang-kurangnya.”

“Menjadi platform roadmap sehingga berjaya disenaraikan di pasaran saham (Bursa Malaysia). Itu impian aku sebagai owner kelab. Misi 2025, 5 tahun kedepan.”, jelas Norizam Tukiman melalui Facebook ZamSaham hari ini.

Syarikat Sdn Bhd Maksima Shareholder 50 orang,Sdn bhd tak boleh IPO.lagilah Enterprise,tak layak IPO.Platform…

Posted by ZAMSAHAM on Thursday, October 1, 2020

Selain itu, Norizam Tukiman juga menjelaskan bahawa berkemungkinan bila sampai waktunya beliau akan mengorbankan 100% saham yang dimiliki sekarang kepada penyokong setia TRW, sahabat handai dan teman seperjuangan dalam industri bola sepak Malaysia.

“Kena korbankan sesuatu untuk bina sesuatu. Tanpa anda penyokong tegar The Red Warriors Kelantan FC, saya mungkin tak cukup kuat. Terima kasih semua, kita maju bersama. The power of Gomo Mindset!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Dr Johan Kamal: “Selangor FA Fokus Pembangunan Akar Umbi, Selangor FC Tumpu Bola Sepak Elit Dan Pengkomersilan.”

Bakat Dikesan Ketika Berlari-Lari Di Koridor Kondominium, Takehiro Tomiyasu Kini Target Utama AC Milan

Portal Sukan Thailand Dedahkan Ejen Chanathip Songkrasin Hantar ‘Profile’ Ke Elche CF Dalam Saingan La Liga

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group