Sebelum menyertai Manchester United, ibu Cristiano Ronaldo pernah berjanji bahawa dia mahu memujuk anaknya agar menyertai Sporting Lisbon.

Pasukan tersebut merupakan kelab yang disokong oleh keluarga Ronaldo sejak dari dulu. Dan beliau sendiri pernah bermain bersama dengan Sporting dan lahir daripada produk akademi pasukan tersebut.

Ronaldo masih mahu bermain di liga besar Eropah yang lain dan menangguhkan impian ibunya itu. Namun ibunya tetap yakin bahawa anaknya akan menunaikan hasratnya.

Ronaldo merupakan anak yang sangat taat kepada ibunya. Dan ibunya menyatakan bahawa impian terbesarnya sebelum dia mati adalah mahu melihat Ronaldo berseragam Sporting Lisbon.

Ibu ronaldo, Dolores Aveiro berkata: “Dia harus kembali semula ke sini demi saya. Dia sangat suka menonton perlawanan melibatkan Sporting.”

“Saya sudah katakan kepadanya, anakku, sebelum ibu mati, ibu mahu melihat kamu kembali ke Sporting. Dia balas; ‘Kita tengoklah nanti’.”

Seterusnya ibunya menyatakan, jika Ronaldo tidak dapat kembali ke Sporting, dia berharap kepada cucunya untuk menyarung jersi Sporting.

Puan Dolores malah memuji Cristianinho ataupun Cristiano Jr sebagai pemain yang lebih baik pada usianya dibandingkan dengan Ronaldo dulu.”

“Pada usianya sekarang, dia bermain lebih baik daripada Ronaldo pada usia yang sama. Namun pada masa itu, Ronaldo tak ada jurulatih profesional. Hari ini Ronaldo pula menjadi guru kepada anaknya.”

“Ronaldo Jr pernah memberitahu ayahnya, kalau kami sekeluarga pulang ke Portugal dia mahu bermain untuk Sporting.”

“Namun melihat mereka berdua sama sama menyarung jersi Sporting adalah impian saya juga, itu pastinya luar biasa.”

“Hari ini nombor 7 milik Tabata, nanti bola Ronaldo kembali, ini akan menjadi miliknya,” kata Dolores berseloroh.

Beliau turut mendedahkan bahawa dia menangis ketika melihat Ronaldo melakukan debut untuk Sporting ketika dia masih muda dulu.

Baca juga artikel

Cadangan Piala Dunia 2 Tahun Sekali, Ancelotti: “Alang Alang, Buat Setahun Sekali Terus”

Hampir Dimalukan Granada, Koeman Pertahankan Taktikalnya & Minta Peminat Barca Terima Hakikat

TERKINI: James Rodriguez Sedang Berunding Dengan Kelab Qatar