Penyerang veteran skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha sah sertai kelab divisyen 1 Thailand, BG Pathum United dengan kontrak selama setahun. Beliau adalah pemain kedua dari Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 1 musim 2020 selepas Dominic Tan yang menyertai Police Tero FC.

Ini merupakan kali pertama bekas penyerang Pahang itu bermain di luar negara dan impiannya akhirnya menjadi kenyataan ketika dia bakal menginjak usia 34 tahun.

Selepas tiba di Bangkok semalam, beliau diperkenalkan kepada para pemain, pegawai dan jurulatih pasukan BG Pathum dan sempat menyaksikan perlawanan persahabatan menentang kelab dari kemboja, Visakha FC di Stadium Leo.

Beliau kemudian dibawah menjalani ujian perubatan di Hospital Vichaiyut dan seterusnya menandatangani kontrak bersama pasukan itu.

Mengulas mengenai sasaran beliau dalam saingan Liga Thailand musim 2020, Norshahrul tekad bantu BG Pathum mencapai kejayaan yang lebih gemilang dan menghadiahkan sekurang-kurangnya satu piala.

“Saya gembira dapat menyertai kelab besar seperti BG Pathum United. Ini kali pertama saya bermain secara profesional di luar negara. Matlamat saya ialah membantu kelab ini muncul sebagai juara. Saya harap penyokong BG Pathum dapat memberikan sokongan padu,” katanya.

EOZalJPUwAAVBnm

FOTO: BG Pathum United

Kehadiran Norshahrul membuktikan Thailand sudah mula membuka mata terhadap kemampuan pemain tempatan selepas skuad Harimau Malaya mengejutkan mereka 2-1 pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 tahun lalu selain keupayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Baca artikel menarik mengenai perkembangan Norshahrul Idlan Talaha melalui pautan dibawah.

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United

Jodoh Norshahrul Idlan Talaha Bersama Pahang Berakhir

Tan Cheng Hoe Ada Sebab Gugurkan Shahrel Fikri Dan Gunakan Khidmat Norshahrul Idlan Talaha

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group