Selepas 3 hari Pratama Arhan diumumkan sebagai pemain baharu Tokyo Verdy, impak segera yang diterima oleh kelab itu mungkin tidak disangka oleh ramai penyokong tempatan sebelum ini.

Sebelum pengumuman perpindahan Pratama Arhan dibuat, pengikut Instagram Tokyo Verdy hanya sekitar 24,000 sahaja, namun angka pengikut terkini selepas hanya 3 hari mencatatkan peningkatan lebih 1100%!

Berdasarkan tinjauan semasa artikel ini ditulis, jumlah semasa pengikut Instagram Tokyo Verdy adalah sebanyak 293,000 dan secara rasminya Tokyo Verdy muncul selaku kelab JLeague yang paling ramai pengikut di laman sosial Instagram.

Nota: Untuk makluman, JLeague mempunyai keseluruhan 58 buah kelab dari 3 divisyen.

Impak yang diterima oleh kelab Tokyo Verdy ini amat besar dan dijangka akan terus meningkat apabila Pratama Arhan diperkenalkan secara rasmi selepas tiba di Tokyo tidak lama lagi.

Angka pengikut 293,000 itu juga telah membolehkan Tokyo Verdy “menyalip” kelab-kelab lebih besar dan ternama seperti Kawasaki Frontale, Urawa Reds, Cerezo Osaka, Gamba Osaka serta Kashima Antlers dalam dunia media sosial.

Pastinya, akan ada perancangan lebih besar dari Tokyo Verdy susulan magnitud sebesar ini yang diterima dalam masa yang singkat.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TERKINI: Pertahanan Kiri Indonesia, Pratama Arhan Sah Sertai Tokyo Verdy Dalam Saingan J2 League

Kim Pan Gon Perkenalkan Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya, Pembantu Jurulatih Tempatan Masih Misteri.

RASMI: Luno Diumumkan Selaku Rakan Pelaburan Kripto, Penaja Liga Super Malaysia Dan Piala Malaysia 2022