Pemain tengah Everton yang dipinjamkan dari Manchester United, Donny Van de Beek bagaikan mendapat nafas baharu dalam kariernya sebaik sahaja menyertai skuad kendalian Frank Lampard itu.

Van de Beek pantas membalas kepercayaan diberikan dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam dalam membantu Everton menundukkan Leeds United 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tempoh hari.

Malah, pemain kelahiran Nijkerkerveen, Belanda itu turut diberikan peluang beraksi selama 90 minit. Satu tempoh masa bagi satu perlawanan yang tidak pernah dinikmatinya dalam kempen EPL musim ini ketika bersama Manchester United.

Susulan dengan peluang awal diberikan pada aksi bertemu Newcastle United dan Leeds United, Van de Beek meluahkan kegembiraannya dan turut melihat beliau perlu meningkatkan lagi prestasinya ketika beraksi.

“Saya rasa saya boleh bermain di posisi berbeza dan saya suka bermain dalam Liga Perdana Inggeris sebagai [peranan] pemain nombor lapan, kotak ke kotak.”

Kredit Foto: Everton Football Club

“Pengurus mahu saya membawa beberapa kualiti bersama bola, untuk berhubung di bahagian tengah. Dia mengharapkan banyak benda dariapda saya dan saya juga mengharapkan lebih daripada diri sendiri.”

“Saya saya gembira dengan dua minggu awal ini,” ujar Van de Beek menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Saya sangat gembira dapat bermain 90 minit perlawanan, tetapi pada 20 minit terakhir saya merasakan sudah sangat lama saya bermain permainan penuh dan saya sedikit kepenatan.”

“Tetapi sekarang saya boleh membuat langkah. Saya merasakan saya boleh membantu pasukan tetapi masih mempunyai ruang untuk peningkatan prestai.”

“Saya begitu tajam, untuk mengambil banyak bola dan membuat beberapa keputusan yang baik bersama bola tetapi saya sentiasa kritikal dan boleh membuat sesuatu yang lebih baik,” tambah Donny Van de Beek lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

Ince: Cristiano Ronaldo Berikan Contoh Yang Buruk Kepada Pemain Lain

E. Elavarasan Bakal Dilantik Sebagai Pembantu Jurulatih Harimau Malaya?

RASMI: JDT Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kumpulan I AFC Champions League

 

Sumber