Perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan bermula esok bakal menyaksikan perubahan yang besar dari segi pungutan mata FIFA ranking pasukan-pasukan yang bertanding.

Ini adalah kerana pembolehubah bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia adalah 2.5 kali ganda lebih besar dari sebuah perlawanan persahabatan yang berlangsung dalam kalendar FIFA.

Untuk makluman juga, perlawanan bertemu Indonesia esok adalah 5 kali ganda lebih besar magnitudnya dari perspektif mata FIFA Ranking.

69380895_2353098271453590_7284874904703336448_o

Berbalik kepada perlawanan Malaysia dan Indonesia yang akan berlangsung esok, kedua-dua pasukan ketika ini memiliki jumlah pungutan mata yang hampir sama. (Indonesia pada kedudukan semasa berada lebih tinggi berbanding Malaysia, selepas Malaysia kalah kepada Jordan tempoh hari.)

Impak Mata FIFA Ranking (Malaysia)

  • Malaysia menang

Sekiranya pasukan Malaysia menang keatas Indonesia, +12.507 mata akan diperolehi.

  • Malaysia seri

Jika keputusan seri dicatatkan, boleh dikatakan hampir tiada sebarang perubahan besar akan berlaku dari perspektif mata FIFA Ranking kerana terlalu kecil (+0.007 mata).

  • Malaysia kalah

Bagaimanapun, andai kata Malaysia tewas kepada Indonesia esok, Malaysia akan mengalami kemerosotan -12.493 mata.

Impak Mata FIFA Ranking (Indonesia)

  • Indonesia menang

Jika pasukan Indonesia menang bertemu Malaysia, mereka akan memungut +12.493 mata.

  • Indonesia seri

Hampir tiada pergerakan mata kerana terlalu kecil (-0.007)

  • Indonesia kalah

Sekiranya pasukan Indonesia kalah kepada Malaysia, mereka akan merosot sebanyak -12.507 mata

69268467_2353212668108817_8970064851535659008_o

Ini adalah sekadar maklumat yang berkait dengan mata FIFA Ranking, namun apa yang lebih penting adalah misi mengutip mata penuh bagi mencerahkan peluang untuk layak ke Piala Asia 2023 khasnya.

Menaikkan mata FIFA Ranking bukanlah keutamaan tetapi penting kerana magnitudnya yang besar akan memberi impak kepada kedudukan Malaysia dalam senarai FIFA ranking.

Lebih 300 Penyokong Malaysia Dijangka Kunjungi Stadium Gelora Bung Karno

UAE Jaringkan 9 Gol Dalam 2 Perlawanan Pemanas Badan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia

Harga Sebenar Tiket Penyokong Malaysia Di Stadium Utama Gelora Bung Karno Adalah RM116.75 Sekeping!

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group