Anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi memutuskan untuk meninggalkan kelab Norway, FK Jerv dan menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1, BG Pathum United.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan ketika Ikhsan masih beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 bersama Singapura yang mara ke peringkat separuh akhir.

Ikhsan diberikan jersi bernombor 99 dan akan mula beraksi bersama The Rabbit pada saingan Thai League 1 yang akan memasuki separuh masa kedua pada Januari nanti.

Menurut perkongsian Asian Football, BG Pathum membayar yuran perpindahan sebanyak $50 Ribu atau RM210 Ribu bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Selain itu, adik kepada Irfan Fandi yang turut beraksi bersama BG Pathum akan menerima gaji yang lebih tinggi berbanding ketika beraksi bersama FK Jerv.

Ikhsan mula beraksi di Liga Norway pada 2019 dimana ketika itu beliau menyertai Raufoss IL. Pada musim berikutnya, beliau menyertai Jerv dimana beliau menandatangani kontrak sehingaa penghujung 2022.

Sepanjang tiga musim beraksi di Norway, Ikhsan menjaringkan 16 gol daripada 77 perlawanan yang dihadapi, purata satu gol dalam setiap 199 minit beliau beraksi.

Dengan menyertai BG Pathum, Ikhsan melepaskan peluang untuk menjadi pemain Singapura pertama yang beraksi dalam divisyen utama Liga Norway.

Jerv layak untuk beraksi di divisyen utama musim selepas menewaskan SK Brann dalam perlawanan playoff menerusi penentuan sepakan penalti.

Di BG Pathum, Ikhsan Fandi akan bersaing dengan beberapa nama besar dalam saingan bola sepak Thailand seperti legenda skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda dan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.

Sebelum ini, Diogo dan Teerasil menjadi pilihan untuk mengisi jentera serangan dalam kesebelasan utama ketika beraksi di saingan Thai League 1.

Dalam carta liga, BG Pathum yang juga juara bertahan ketika ini menduduki tangga kelima dengan kutipan 27 mata, lima kata di belakang pendahulu iaitu Buriram United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Seri Menentang Singapura, Shin Tae-yong Tegaskan Pemain Indonesia Keletihan

Piala AFF 2020: Seri 1-1, Peluang Seimbang Buat Singapura & Indonesia

Piala AFF 2020: Park Hang-seo Tiada Masalah Jumpa Thailand, Yakin Vietnam Ke Final