Penyerang muda Singapura, Ikhsan Fandi berjaya menjaringkan dua gol ketika FK Jerv menewaskan Oygarden dengan keputusan 4-2 dalam saingan divisyen kedua liga bola sepak Norway.

Kini Ikhsan berjaya mengumpul 10 jaringan sejak beraksi di Eropah. Kali terakhir pemain Singapura berbuat demikian ialah bapa beliau, Fandi Ahmad ketika beraksi bersama kelab Eredivisie, Groningen dimana Fandi menjaringkan 11 gol.

“Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol, apatah lagi dapat mengumpul 10 jaringan adalah sesuatu yang istimewa. Tetapi saya tahu saya mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol.

“Saya akan terus bekerja keras untuk meningkatkan tahap permainan, mencapai tahap seterusnya dan menjadi yang terbaik di Eropah.

“Tiada rahsia disebalik rentak jaringan saya. Saya hanya melakukan yang terbaik dan mengambil peluang yang terhidang,” kata Ikhsan.

Kecemerlangan Ikhsan baru-baru ini membantu FK Jerv menduduki tangga keenam sekaligus tempat play-off terakhir bagi merebut slot ke saingan divisyen utama.

Pada perlawanan OBOS Ligaen yang seterusnya, Jerv akan turun menentang Sogndal di laman lawan Khamis ini.

Baca artikel lain mengenai Ikhsan Fandi di sini:

Ikhsan Fandi Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Mingguan OBOS Ligaen

Ikhsan Fandi Terus Tampil Garang, Jaringkan Dua Gol Bersama FK Jerv

Ikhsan Fandi Jaringkan Gol Pada Penampilan Penuh Pertama Bersama FK Jerv