Penyerang muda Singapura, Ikhsan Fandi berjaya mengekalkan rentak jaringan beliau bersama kelab barunya dimana baru-baru ini Ikhsan membantu FK Jerv meraih kemenangan kedua berturut-turut.

Ikhsan menjaringkan gol pada perlawanan menentang Ullesaker/Kisa pada Rabu lalu yang menyaksikan Jerv meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.

Adik Irfan Fandi itu menjaringkan gol pada minit ke-48, membuat satu tandukan setelah menerima hantaran dari Michael Baidoo di hadapan 600 penyokong yang hadir pada perlawanan tersebut.

Sebelum ini, penyerang berusia 21 tahun itu turut menemui sentuhan pada perlawanan menentang bekas kelabnya, Raufoss IL minggu lalu yang menyaksikan Jerv meraih kemenangan 4-2.

Peminat Jerv nyata teruja dengan ketibaan Ikhsan dimana penyokong yang hadir pada perlawanan menentang Ullesaker membuat chanting dengan menyebut nama anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad itu.

Pada perlawanan OBOS-ligaen yang berlangsung pada Sabtu ini, Jerv akan bertandang ke tempat lawan bagi bertemu Kongsvinger.

Ketika ini, FK Jerv menduduki tangga ke-7 dengan kutipan 27 mata selepas menghadapi 19 perlawanan setakat ini.

Baca artikel lain mengenai Ikhsan Fandi di sini:

Ikhsan Fandi Jaringkan Gol Pada Penampilan Penuh Pertama Bersama FK Jerv

Ikhsan Fandi Jaringkan Gol Pertama Bersama Kelab Norway, Raufoss IL

Pemain Muda Asia Tenggara Yang Beraksi Di Eropah