Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi menjaringkan gol pertama beliau bersama kelab divisyen kedua Norway, Raufoss IL pada perlawanan liga semalam.

Ikhsan diturunkan di posisi sayap kiri pada perlawanan menentang Asane di Stadium Nammo. Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-38 dimana beliau menanduk masuk bola hasil dari hantaran pemain pertahanan kanan, Edvard Linnebo Race.

Dua lagi gol Raufoss dijaringkan oleh Marius Svanberg Alm menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 dan Gard Simenstad pada minit-minit akhir perlawanan.

Aksi menentang Asane merupakan kali pertama Ikhsan Fandi diturunkan dalam kesebelasan utama sejak menyertai Raufoss pada awal 2019 lalu. Sebelum ini, adik kepada Irfan Fandi itu banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pada perlawanan 1. divisjon yang seterusnya, Raufoss akan turun berdepan pasukan yang menghuni tangga tercorot, Hamarkameratene dimana kemenangan akan menaikkan kedudukan Raufoss ke tangga ke-9. Jika Ikhsan berjaya meningkatkan prestasi, tidak mustahil beliau akan diberi kepercayaan untuk terus menerajui jentera serangan.

Baca artikel lain mengenai pemain muda dari rantau Asia Tenggara di sini:

Luqman Hakim Jaringkan Gol Pertama Bersama KV Kortrijk

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?

Egy Maulana Vikri Tidak Tersenarai Dalam Skuad Lechia Gdańsk Hadapi Musim 2020/2021