Penyerang muda Singapura, Ikhsan Fandi berjaya menjaringkan gol pada penampilan penuh pertama beliau bersama kelab baru yang baru disertainya, FK Jerv.

Fandi diturunkan dalam kesebelasan utama dan beraksi penuh pada perlawanan menentang bekas kelabnya, Raufoss IL di saingan divisyen kedua Liga Norway pada Sabtu lalu.

Anak kedua dari bekas pemain Singapura, Fandi Ahmad itu menjaringkan gol menerusi tandukan hasil daripada sepakan penjuru sekaligus memberikan kemenangan 4-2 bagi Jerv.

Sebelumnya, Fandi masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang HamKam yang menyaksikan Jerv memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.

Fandi berhijrah ke FK Jerv pada saat-saat akhir jendela perpindahan minggu lalu setelah beraksi bersama Raufoss IL selama satu musim.

Adik kepada pemain pertahanan BG Pathum United, Irfan Fandi ini turut menjadi satu-satunya pemain Singapura yang beraksi di Eropah.

Baca artikel lain mengenai Ikhsan Fandi di sini:

Ikhsan Fandi Jaringkan Gol Pertama Bersama Kelab Norway, Raufoss IL

Pemain Muda Asia Tenggara Yang Beraksi Di Eropah

Khairul Amri Bimbang Pemain Muda Singapura Tidak Dapat Tempat Dalam Liga Malaysia