Anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi terus mencipta impak positif bersama BG Pathum United apabila beliau menampilkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan empat gol dalam saingan Thai League 1.

BG Pathum turun menentang PT Prachuap dan skuad bimbingan Makoto Teguramori berjaya meraih kemenangan besar dengan keputusan 7-2 sekaligus terus memberi tekanan kepada pendahulu liga iaitu Buriram United.

Ikhsan memulakan pesta jaringan dimana beliau mencipta gol pada minit ke-19, 26, 29 dan ke-31 dan rakan sepasukan, Worachit Kanitsribampen menjaringkan satu gol pada minit ke-41 sekaligus meletakkan BG Pathum pada kedudukan 5-1 di hadapan.

Pada separuh masa kedua, Teerasil Dangda dan Diogo Luis Santo masing-masing menjaringkan satu gol sekaligus melengkapkan malam gemilang bagi BG Pathum.

Setakat ini, Ikhsan Fandi telah menjaringkan lapan gol dalam 13 penampilan bersama BG Pathum, meletakkan beliau di belakang Diogo dalam carta penjaring terbanyak kelab.

Adik kepada Irfan Fandi ini sememangnya menampilkan prestasi cemerlang sejak menyertai BG Pathum dari kelab Liga Norway, FK Jerv pada jendela perpindahan kedua saingan Thai League 1.

Ikhsan menggunakan sepenuhnya ilmu yang diperoleh ketika beraksi bersama Raufoss dan juga Jerv untuk beliau menjadi pilihan bagi menerajui jentera serangan kelab.

Tidak mustahil sekiranya Ikhsan berjaya tampil dengan kosisten sehingga saingan liga tamat, bakal ada kelab dari liga terbaik Asia seperti Jepun dan Korea Selatan yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

BG Pathum United kini menduduki tangga kedua dalam carta liga dengan perolehan 54 mata, lima mata dibelakang Buriram United dengan berbaki dua perlawanan.

Apa yang perlu dilakukan oleh BG ialah tampil konsisten meraih kemenangan sekaligus mengharapkan Buriram gagal untuk meraih mata penuh bagi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi.

BG Pathum turut menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) bulan ini dimana mereka diletakkan dalam kumpulan G bersama Jeongnam Dragons (Koreal Selatan), Melbourne City (Australia) dan United City (Filipina).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Bola Sepak Sukan SEA 2021: Malaysia Diundi Dalam Kumpulan B

Luqman Jaringkan Gol Kedua Bantu KV Kortrijk Tewaskan Westerlo

Malaysia Hadapi Dua Aksi Persahabatan Antarabangsa Mei Ini