Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Melaka United berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang import pasukan Selangor, Ifedayo Olusegun bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka iaitu Datuk Seri Justin Lim dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly dimana beliau menyatakan pihak kelab menandatangani Ifedayo Olusegun dengan kontrak 1+1.

Ini bermakna pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun dan mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak pada tahun berikutnya sekiranya beliau menampilkan prestasi yang baik pada saingan musim 2022.

Pemain dari Nigeria itu meninggalkan Selangor setelah beliau mendapatkan tawaran yang lebih lumayan dari pasukan lain dalam saingan Liga Super.

Sebelumnya, status pasukan yang memberikan tawaran lumayan kepada Ifedayo menjadi teka-teki namun dengan pengumuman Datuk Seri Justin Lim ini, terjawab sudah misteri mengenai pasukan yang akan disertai Ifedayo musim hadapan.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Justin turut mengumumkan pihak pengurusan mahu mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Selain itu, tiga pemain import turut dikekalkan iaitu Sony Norde, Manuel Ott dan seorang lagi penyerang iaitu Adriano Narcizo. Dua pemain import lain iaitu Giovane Gomes dan Jang Suk-won tidak berada dalam perancangan.

Melaka United hanya mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ke-8 tetapi mereka menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia musim ini dimana mereka berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Namun, langkah mereka ke pentas final disekat oleh Kuala Lumpur City dimana pasukan itu menang menerusi penentuan sepakan penalti setelah keputusan agregat terikat 2-2.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

“Penyokong Kuala Lumpur City Datangnya Dari Seluruh Negara. Kita Pasukan Ibu Kota, Pasukan Milik Semua.”

Bojan Hodak: “Kami Tidak Mempunyai 10 Pemain Import Macam JDT, Tiada Tekanan”

Dominic Tan Ucap Selamat Tinggal Kepada Police Tero, Adakah Sabah FC Destinasi Seterusnya?