Penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun Omosuyi, tidak menyangka musim ini menjadi detik terbaiknya di Liga Malaysia selepas berjaya meledak 25 jaringan sekali gus menjadi pemain pertama memecahkan rekod 23 gol yang dipegang Mohamad Ghaddar pada musim 2017.

Jelas penyerang kelahiran Nigeria ini, dia mahu dedikasikan dengan apa yang dicapai kepada rakan sepasukan selain sokongan yang tidak berbelah peminat Selangor yang sentiasa di belakangnya pada setiap masa.

Dia sememangnya mengakui berkeyakinan tinggi bagi mendapatkan 25 angka jaringan selepas berjaya menghasilkan 12 jaringan musim lalu daripada 11 perlawanan.

Namun, dia mengakui masih ada satu lagi perlawanan yang perlu diharungi iaitu berdepan PJ City FC pada Ahad ini sebelum memikirkan mengenai Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super pada musim ini.

“Perasaan dapat menjadi pemain pertama pecahkan rekod jaringan ini sukar untuk saya gambarkan, saya mahu berikan penghargaan khas kepada rakan sepasukan kerana ini adalah usaha bersama.

“Begitu juga dengan peminat Selangor yang sentiasa menyokong saya biarpun ada hari saya tidak menjadi dan saya mahu jelaskan di sini, kami semua yang memecahkan rekod ini, bukannya saya.

“Musim lalu saya menjaringkan 12 gol daripada 11 perlawanan dan secara purata keseluruhannya seperti 24 gol jika dijalankan secara dua pusingan.

“Jadi sejak permulaan musim ini, saya telah meletakkan sasaran untuk cuba mengatasi rekod jaringan itu dan saya gembira mampu melakukannya dengan angka 25 jaringan setakat ini, ” katanya.

Ifedayo melakar hatrik semasa membantu Selangor membelasah Sabah 6-0 di Stadium Likas selain tiga lagi jaringan disumbangkan Mukhairi Ajmal, Nor Hakim Hassan dan Ahmad Danial Asri.

Kedudukan itu juga meletakkan Ifedayo mengatasi penyerang Johor Darul Ta’zim, Bergson da Silva dengan kelebihan dua gol serta berpeluang cerah mempertahankan anugerah yang dimenangi pada musim lalu.

Sementara itu, Ifedayo mengharapkan momentum positif yang dibina Selangor pada enam perlawanan terakhir Liga Super yang menyaksikan meraih lima kemenangan, mampu dit