Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Bangunan baharu FAM ini akan dibina setinggi lima tingkat dan terletak bersebelahan ibu pejabat Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) di Bandar Bola Sepak Putrajaya. FAM yang berpangkalan di Wisma FAM di Kelana Jaya sejak 1980, dijangka memindahkan semua operasi dan tadbir urus ke ibu pejabat baharu yang dijangka siap sepenuhnya pada awal 2025.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria.

Selain ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, FAM sedang dalam proses untuk membina Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) untuk skuad Harimau Malaya yang berkeluasan sekitar 52,000 meter persegi merangkumi padang latihan outdoor dan juga indoor.

Tapak ibu pejabat dan pusat latihan kebangsaan ini adalah 2 lokasi yang berbeza namun masih berada berdekatan diantara satu sama lain dan dianggarkan sekitar 5 minit perjalanan menggunakan kereta.

Peta dibawah menunjukkan lokasi kedua-dua lokasi ibu pejabat FAM dan juga pusat latihan kebangsaan yang berada berhampiran PICC.

Diharapkan pembinaan fasiliti ini dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan sekaligus mencapai sasaran sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia secara merit pada tahun yang akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Fernando Forestieri Jadi ‘Peneman’ Bergson Da Silva Di Jentera Serangan JDT

Azri Abdul Ghani Sertai Kuala Lumpur City

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group