Fayza Lamary yang merupakan ibu kepada bintang ternama dunia, Kylian Mbappe menafikan sekeras-kerasnya laporan mengatakan anaknya telah bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Masa depan pemain berusia 23 tahun itu jelas menjadi tumpuan seluruh dunia selepas beliau masih belum lagi membuat sebarang keputusan untuk kekal memperkuatkan skuad gergasi Perancis itu.

Dengan kontrak yang bakal tamat pada 30 Jun membuatkan nama Mbappe disebut-sebut untuk menyertai juara La Liga 2021/22, Real Madrid yang menunjukkan minat mendalam bagi mendapatkan khidmat pemenang Piala Dunia 2018 itu.

Beliau juga dikatakan masih menunggu sehingga ke penghujung musim untuk memuktamadkan mengenai masa depan kariernya.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu terdapat spekulasi daripada media di Perancis yang mengatakan Mbappe bersedia untuk mengikat kontrak selama dua musim.

“Adalah sangat tidak benar bahawa Kylian telah memperbaharui kontrak bersama PSG,” ujar Fayza menurut sumber yang dikeluarkan Marca.

Menyertai PSG pada musim 2017/18, Kylian Mbappe telah membuat 214 penampilan dalam semua pertandingan dimana beliau berjaya menjaringkan 167 gol dan mencipta 84 bantuan jaringan.

Pelbagai kejayaan di peringkat domestik telah dikecapinya dengan empat kejuaraan Ligue 1 berjaya dirangkul, tetapi Mbappe dan PSG masih gagal untuk menamatkan penantian untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di seluruh dunia:

Stam Yakin Harry Maguire Akan Berubah Di Bawah Kendalian Erik ten Hag

Sukan SEA: Shin Tae-yong Tak Puas Hati Vietnam Sedia Padang Latihan Buruk

Abramovich Nafi Mahu Tuntut £1.6bn Dari Chelsea

Sumber