Masa depan Zlatan Ibrahimovic akhirnya terjawab. Ini selepas beliau semalam menandatangani kontrak baharu bersama dengan Rossoneri.

Sebelum ini Ibrahimovic dilaporkan mahu melanjutkan kontraknya di Milan. Namun beliau mengubah keputusannya dalam beberapa minggu lalu.

Kontra baharu ini menyaksikan Ibra akan kekal untuk semusim lagi. Dan beliau sudah tidak sabar mahu mencabar kejuaraan bersama dengan AC Milan.

Ibrahimovic menyertai semula AC Milan pada Januari dan menjaringkan 11 gol daripada 20 penampilannya.

Bercakap kepada Milan TV, Ibrahimovic berkata:

“Saya datang sini untuk membawa Milan kembali semula ke tahap mereka yang sebenar, dan selayaknya mereka berada. Saya adalah manusia yang akan buat apa sahaja untuk mencapai sasaran yang saya dah tetapkan.”

“Kita semua perlu bekerja keras dan bekorban. Namun dalam enam bulan terakhir kita sudah menunjukkan kemampuan kita untuk mencapai beberapa matlamat.”

“Kita harus jangan lupa, walaupun aksi cemerlang [selepas restart], kita masih tak menang apa apa. Sasaran dalam kepala saya adalah sentiasa mahu menang sesuatu.”

“Musim ini kita harus menang.”

AC Milan melalui prestasi cemerlang selepas liga disambung semula. Mereka tak tewas dalam 12 perlawanan terakhir dan menamatkan saingan di tangga keenam – di slot Europa League.

Ibrahimovic menggesa agar standard pada akhir musim mereka itu dikekalkan.

“Milan harus meneruskan apa yang kita lakukan ketika menamatkan musim. Kita harus kerja keras dan percaya, sebagaimana yang kita lakukan sejak akhir akhir ini.”

“Kita harus bermain dengan maruah dan keyakinan, ingat! apabila kamu menyarung jersi Milan, ianya satu penghormatan dan pada masa yang sama ianya juga satu tekanan.”

“Seluruh pasukan harus melakukannya dengan sebaiknya dan faham apa yang diperlukan untuk sampai ke puncak. Sekarang kita harus bekerja dengan baik sejak hari pertama.

Walaupun pernah bermain dengan Juventus dan Inter Milan, namun Ibrahimovic menjelaskan jiwanya sentiasa AC Milan.

“Saya sentiasa menjadi sebahagian AC Milan, walaupun saya bermain dengan pasukan lain. Milan sentiasa melayan saya dengan baik sejak hari pertama.”

“Apabila pertama kali saya menjejakkan kaki ke Milan, saya senyum puas, Itu perkara yang tak pernah berlaku sebelum saya mulakan tugasan baru.”

“Saya terasa ini dalah rumah saya walaupun saya di kejauhan dari kampung halaman.”

Baca juga perkembangan lain

Rakitic Kembali Ke Sevilla Dan Sanggup Terima Gaji Separuh

Barcelona Pecat Firma Guaman Yang Dianggap Punca Messi Mahu Pergi Percuma

Drogba Disingkir Dari Pemilihan Presiden, AFI Dikecam Teruk