Zlatan Ibrahimovic disahkan positif COVID-19 dan harus mengasingkan dirinya daripada skuad pasukan AC Milan buat sementara waktu.

Ibrahimovic terkejut dengan betapa beraninya virus itu menyerang dirinya. Perkara itu turut disahkan oleh AC Milan menerusi kenyataan rasmi kelab.

Ibrahimovic diuji positif untuk COVID-19 setelah menjalani ujian kedua menjelang pertarungan pusingan ketiga Kelayakan Liga Europa menentang Bodo / Glimt. Di mana AC Milang menang 3-2 dalam aksi tersebut.

Semua pemain AC Milan diarahkan menjalani saringan ketat selepas, Leo Duarte positif.

Ini bermakna, Ibrahimovic harus mengkuarantin dirinya selama dua minggu dan ia adalah kehilangan besar buat AC Milan.

Ibrahimovic menyatakan ‘kekagumannya’ kerana COVID-19 berani “mencabar” dan menentangnya.

Sedangkan sehari sebelumnya, Ibrahimovic sudah menjalani ujian dan hasilnya negatif.

“Semalam, ujian COVID-19 saya negatif tetapi hari ini positif. Tidak ada gejala sama sekali. Berani betul Covid ni mencabar aku. Idea yang teruk,” kata Ibra menerusi Twitternya.

Zlatan pernah berjanji bahawa dia pergi kepada virus itu dan nak membelasahnya jika virus tak pergi kepadanya.

Dan kali ini benar benar menyerangnya dulu.

Sebagai tambahan, Ibrahimovic telah menjaringkan gol dalam 23 musim berturut-turut sebagai pemain bola sepak, setelah melakukan debut bersama kelab Sweden, Malmo.

Ibrahimovic sebelum ini sudah menjaringkan gol ke atas Shamrock dan kemudian dua gol ke atas Bologna.

 

Baca juga perkembangan lain

Piala Super Eropah: Bayern Berhempas Pulas Tewaskan Sevilla

RASMI: Mendy Memang Sudah Berimpian Bermain Untuk Chelsea Dan Lampard

RASMI: Suarez Sertai Atletico, Morata Ke Juventus