Zlatan Ibrahimovic percaya Mario Mandzukic akan membuatkan lawan mereka takut seperti dia.

Ibrahimovic membantu Milan mengembalikan kelebihan tiga mata Rossoneri berbanding seteru sebandar, Inter di puncak liga. Di mana Ibrahimovic menjaringkan kedua dua gol Milan ketika menentang Cagliari.

Ibrahimovic menjaringkan satu gol setiap babak dalam aksi yang sangat penting bagi Milan meneruskan momentum.

Ibrahimovic memberikan komen tentang kehadiran Mandzukic secara ejen bebas. Bekas pemain Bayern tersebut juga merupakan bekas pemain Juventus.

Ibrahimovic berpendapat beliau gembira kerana selepas ini lawan mereka akan bertambah gerun dengan AC Milan.

“Mario Mandzukic telah menandatangani kontraknya, dia bergabung dengan AC Milan,” kata Ibrahimovic kepada Sky Italia.

“Saya gembira kami mempunyai dua orang yang menakutkan lawan kami sekarang ini selepas saya.”

Ditanya sama ada beliau sendiri akan melanjutkan lagi kontrak bersama AC Milan, Ibra berkata:

“Segalanya bergantung kepada Paolo, dan saya sangat gembira di AC Milan.”

Selain daripada Mandzukic, Milan juga dalam proses membawa masuk Fikayo Tomori.

AC Milan kini dalam landasan terbaik untuk menamatkan penantian kejuaraan Serie A pertama mereka dan menamatkan dominasi 9 tahun Juventus.

Baca juga perkembangan lain

Piala Super Sepanyol: Athletic Bilbao Hampakan Barcelona, Messi Kutip Kad Merah

Derbi D’Italia: Inter Milan Tewaskan Juventus

North West Derby: Permusuhan Yang Bermula Dari Terusan Kapal Manchester