Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Rekrut baharu Liverpool, Ibrahima Konate yakin bahawa kemampuannya akan semakin meningkat selepas beliau memilih untuk meninggalkan RB Leipzig bagi menyarung jersi The Reds dalam menghadapi kempen 2021/22.

Pertahanan tengah berusia 22 tahun itu sah menjadi milik Liverpool pada 29 Mei lalu selepas kelab tersebut bersetuju untuk membayar klausa perlepasan bernilai £36 juta.

Kehadiran Konate yang melakukan 21 penampilan pada musim lalu dilihat mampu menjadi nilai tambah dalam menguatkan jentera pertahanan Liverpool ketika Virgil van Dijk juga kelihatan sudah menyertai latihan pra-musim.

Faktor dapat berada dalam satu pasukan dengan pemain-pemain berkualiti juga disifatkan oleh Konate dapat membantu dalam usaha meningkatkan prestasinya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pemain kelahiran Paris, Perancis itu dalam temubual pertamanya di laman sesawang rasmi Liverpool.

“Ya, saya sangat gembira dapat berada di sini untuk bersama pasukan. Tanggapan pertama saya di sini, saya sangat gembira kerana saya bekerja dengan pemain-pemain yang hebat dan saya tahu saya boleh terus meningkat dari semasa ke semasa.”

” Saya sangat gembira juga kerana kami dapat bekerjasama, semua orang gembira dan perkara ini sesuatu yang amat bagus.”

“Sudah pastinya saya akan mempelajari sesuatu daripada pemain lain, tetapi tidak hanya pada satu atau dua orang pemain sahaja. Ini baharu sahaja permulaan dan seiring waktu ia tentu akan bertambah baik.”

“Saya tahu saya masih muda tetapi perkara itu tidak penting. Saya mesti meningkat di padang dan terus bekerja keras. Sekiranya saya mampu beraksi dengan baik, perkara lain sudah tidak lagi penting,” tambah Ibrahima Konate lagi.

Baca artikel lain mengenai Liverpool:

Slot UCL: Liverpool, Chelsea Lolos, Leicester Tersingkir Dengan Dramatik

Kelab Paling Bernilai Forbes: Barcelona Akhirnya Atasi Real Madrid, Liverpool Naikkan Nilai Kepada 88%

EPL: Rembatan Arnold Lengkapkan Kebangkitan Liverpool, Tamatkan Badi Anfield

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group