Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain dari Brazil, Hyuri Henrique dilaporkan menjadi calon utama bagi mengisi kuota pemain import kelima Selangor sekaligus bakal membantu pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Hyuri akan diperkenalkan kepada peminat Selangor pada majlis pengenalan pemain pasukan itu Februari ini.

Hyuri merupakan pemain berusia 30 tahun dan beraksi di bahagian serangan. Memulakan karier bersama Audax Rio dalam saingan bola sepak Brazil, setakat ini beliau telah beraksi bersama 11 pasukan baik dari negara kelahirannya selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China.

Catatan Hyuri Henrique sepanjang beraksi bersama 11 kelab yang diwakilinya menunjukkan beliau tidak pernah menjaringkan lebih daripada 20 gol, dimana catatan gol tertinggi yang diraih ialah ketika beraksi bersama kelab China, Guizhou Renhe iaitu 16 jaringan.

Sekiranya Selangor menandatangani Hyuri, besar kemungkinan beliau akan digandingkan dengan seorang lagi pemain import yang sudah ditandangani, Caion di bahagian serangan dan akan dibantu oleh seorang lagi pemain tempatan.

Tugas berat menanti Caion dan Hyuri kerana mereka bakal menggantikan Ifedayo Olusegun yang telah menjadi penjaring terbanyak pasukan sejak musim 2019. Pada musim 2020 dan 2021, Ifedayo turut memenangi anugerah Kasut Emas bagi saingan Liga Super.

Sebelumnya, skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner telah mendapatkan khidmat dua pemain skuad kebangsaan Jordan iaitu Yazan Al-Arab dan Baha Abdel-Rahman bagi memperkuatkan bahagian pertahanan dan tengah.

Musim 2021 menjadi satu lagi musim yang mengecewakan bagi Selangor dimana mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-5 dan hanya mampu mara sehingga ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Dibawa Menaiki Limo, Syahmi Safari Sah Milik Harimau Selatan

Shukor Adan Antara 6 Individu Yang Dipilih Sertai Pasukan Bedah Siasat Laporan Prestasi Harimau Malaya

Syahrian Abimanyu Kembali Ke Liga Indonesia Sarung Jersi Persija Jakarta

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group