Penyerang skuad kebangsaan Korea Selatan, Hwang Ui-jo disifatkan sebagai rekrut terbaik yang dimiliki oleh kelab Ligue 1, Girondins de Bordeaux bagi saingan musim ini.

Menurut laman media tempatan, Web Girondins, salah seorang koresponden kelab berpendapat Ui-jo cepat untuk menyesuaikan diri dalam saingan Ligue 1 meskipun baru menyertai pasukan tersebut musim ini.

Hwang

Sumber Gambar: TaegeukWarriors.com

“Kami nyata terkejut. Beliau adalah pemain yang tidak begitu dikenali. Dia sebelum ini beraksi di Jepun dan tidak pernah beraksi di Eropah.

“Setelah menyaksikan beliau beraksi, kita tahu Ui-jo seorang pemain yang bagus. Dia sukar untuk bercakap bahasa Perancis mahupun bahasa Inggeris.

“Mengambil khidmat beliau adalah satu risiko yang besar. Akan tetapi, Ui-jo merupakan rekrut terbaik yang dilakukan oleh kelab,” kata koresponden tersebut.

Hwang

Sumber Gambar: Malay Mail

Sejak menyertai Girondins de Bordeaux daripada Gamba Osaka pada awal musim ini, Hwang Ui-jo telah menjaringkan 6 gol dalam saingan Ligue 1.

Beliau menjadi salah satu penyerang skuad kebangsaan Korea Selatan yang beraksi di Eropah selain Hwang Hee-chan (RB Salzburg) dan Son Heung-min (Tottenham Hotspur).

Baca artikel lain mengenai pemain Korea Selatan di liga sekitar Eropah di sini:

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Hwang Hee-chan

Son Heung-min Sertai Kem Latihan Tentera Selama Empat Minggu

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group