Penyerang skuad kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan sah menyertai satu lagi pasukan yang dimiliki oleh syarikat minuman ternama dari Austria, Red Bull iaitu RB Leipzig.

Perkara ini disahkan oleh Red Bull Salzburg menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab pada semalam dimana Leipzig dilaporkan membayar €14 Juta atau RM67.6 Juta untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit.

Hee-chan menandatangani kontrak selama lima tahun dan beliau akan menyarung jersi bernombor 11, jersi yang digunakan oleh penyerang prolifik Leipzig sebelumnya iaitu Timo Werner yang sudahpun melengkapkan perpindahan ke Chelsea.

Dalam saingan Austria Bundesliga musim ini, Hwang Hee-chan menjaringkan 11 gol dan menyumbang 13 assist sekaligus membantu Salzburg memenangi kejuaraan.

Selain menandatangani Hee-chan, Leipzig turut menandatangani seorang lagi pemain iaitu Benjamin Henrichs yang beraksi di posisi pertahanan.

Henrichs sebelumnya beraksi bersama AS Monaco dalam saingan Ligue 1 Perancis dan beliau menyertai Leipzig secara pinjaman.

Baca artikel lain mengenai Hwang Hee-chan yang telah kami sediakan di sini:

Hwang Hee-chan Pilih Sertai RB Leipzig Berbanding Liverpool Dan Wolves

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Hwang Hee-chan

Senarai 10 Pemain Asia Termahal Bagi Musim 2019/2020