Penyerang Red Bull Salzburg, Hwang Hee-chan lebih memilih untuk menyertai RB Leipzig berbanding dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu juara musim 2019/2020, Liverpool dan Wolverhampton Wanderers.

Menurut laporan Sky Germany, Liverpool dan Wolves berminat untuk mendapatkan Hee-chan bagi memantapkan jentera serangan menjelang saingan musim hadapan.

Hwang Hee-chan
SALZBURG, AUSTRIA – DECEMBER 10: Hee-Chan Hwang of FC Salzburg in action during the UEFA Champions League group E match between RB Salzburg and Liverpool FC at Red Bull Arena on December 10, 2019 in Salzburg, Austria. (Photo by Koji Watanabe/Getty Images)

Namun, pemain berusia 24 tahun itu lebih tertarik untuk berpindah ke Leipzig, sebuah kelab yang digelar sebagai “adik” kepada Salzburg kerana turut dimiliki oleh syarikat minuman tenaga terkenal dari Austria iaitu Red Bull.

Dalam saingan Bundesliga Austria musim ini, Hwang Hee-chan berjaya menjaringkan 11 gol, selain tiga gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

RB Leipzig dikhabarkan bersetuju dengan yuran perpindahan Hee-chan sebanyak €10 Juta atau RM48 Juta dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 akan menggantikan Timo Werner yang berhijrah menyertai Chelsea.

Baca artikel lain mengenai Hwang Hee-chan di sini:

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Hwang Hee-chan

Senarai 10 Pemain Asia Termahal Bagi Musim 2019/2020

7 Pemain Bintang Yang Terlahir Daripada Saingan AFC B-23 Tahun